DR 2 ~ CONG


alhamdulillah, baru pulang dr satu program kesedaran dakwah yg kiranya agak berjaya membuat saya berfikir. ttg tuntutan dakwah yg berada atas setiap bahu kita. ustaz telah mengupas buku 'syahadatul haq' tulisan Abu al-A'la al-Maududi. walaupun agak kompleks dan saya masih belum berpuas hati dgn pemahaman sendiri, ttp insya Allah dgn sedikit pengetahuan yg ada ni hendaknya saya jadikan asas permulaan penerokaan yg lebih jauh.
(gambar di sebelah adalah seekor doggy yg comel, namanya Sam. rasanya sy rela menyamak tangan utk pegang dia, comel sgt...)


ada beberapa perkara yg elok jika kita dapat fikirkan bersama;


1- tuntutan yg dibawa bersama dgn lima rukun islam yg kita yakini. adakah perlaksanaannya sekadar spt pengucapan di mulut. sudah sempurnakah syahadah kita dgn sekadar melafazkannya setiap hari di dlm solat ? atau ianya membawa tanggungjawab yg lebih dari itu? apakah rangkumannya ?


2. belajar sbg satu medium dakwah, bagaimana ya ? ambil pengajaran dr kisah ghulam, sihir dan rahib. bagaimana pemuda tersebut berjaya menggunakan ilmu sihirnya utk membina pengaruh dan kemudiannya menyebarkan ilmu yg di ajar oleh rahib.


3.prioriti dalam hidup berdasarkan 'maqasid as-syari'ah al-khomsah' atau lima keperluan utama manusia. deen berada pada tangga paling atas maka apabila deen terjaga, akan terjagalah 4 maqasid seterusnya.


4.mengekstrak prinsip2 yg telah diajar oleh rasul, dan bukannya mengambil bulat model yg telah dibina pd zaman rasul s.a.w. bagaimana proses awal dakwah, pembinaan negara, peluasan kuasa dan pembinaan tamadun berlaku.


5. adalah penting utk kita menyedari bhw dgn usaha yg sgt sdikit ini, mungkin cuma 0.5 % dr apa yg tlh dilakukan para sahabat r.a dahulu maka kita akan perlukan mungkin beratus-ratus tahun utk mencapai matlamat ini..


berhati-hati


mulai hari ni, saya berjanji utk berhati-hati dgn perkataan saya; kdg2, menyebut sesuatu perkataan tanpa mengetahui dalamnya penafsiran maksudnya sgt berbahaya, dan saya akur...


sesungguhnya 'as-sukutu salamatun' ; diam itu selamat...

satu penilaian semula-biar seni yg tak islamik tu terbantut

hmm.. dulu kisah kahwin, lepas tu cerai berai. tak masuk lagi kes khalwat, zina dan ntah apa2 lagi. baru2 ni keluarkan kenyataan ttg sendiri tak puasa, pastu ttg hukum aurat antara lelaki n perempuan. buat fatwa sendiri pulak; kata mencari rezeki lg utama dr menjaga batasan lelaki permpuan. semuanya masih boleh di terima atas dasar kurang ilmu agama, walau berasap jugak telinga ustaz2 yg mendengar. tp kini rasanya dah mencapai tahap maksimum utk toleransi berlaku. sesuatu tindakan mesti diambil segera. tindakan menghina junjungan Besar Rasulullah s.a.w tak boleh diterima sama sekali, terutama kalo yg memandai tu adalah seorang muslim jugak. apakah mereka ni tak berfikir ? tak berhati nuranikah? atau buta hati di dalam dada ?

dulu2 saya agak sukar utk salahkan pemerintah dlm byk perkara, sebab byk pihak menyumbang kpd kepincangan sesuatu pentadbiran, dari pemimpin tertinggi sampailah kpd pekerja2 bawahan yg paling bawah. lagipun kerajaan tu dibentuk oleh rakyat. kalo baik rakyatnya, ada kesedaran, takkanlah nak dipilih pemimpin yg ntah apa2. begitulah seadanya. tp sejak kes2 yg baru2 berlaku ni, saya membuat penilaian balik. dlm hal ni, mmg kerajaan tlh pun mempunyai bidang kuasa utk memerintah, patutnya diguna kuasa tu sebaik mungkin utk memperbaiki apa yg kurang atau menangkap sesiapa yg mulut celupar. lagipun ada dewan ulama' yg tugasnya utk menasihat. mungkinlah mrk ni tak ada suara (atau xnak bersuara?) tapi kiranya saluran yg legal dah ada. patut diambil perhatian yg lebih2 lagi.

hmm, tindakan rosnah menghina isteri Nabi s.a.w tu memang melampau, tp utk mencaci maci (ade ke prkataan ni?) dan menghina dia tu rasanya tak berbaloi( nanti berdosa mengumpat kat belakang). tak akan mengubah apa2. hakikatnya mmg dia tlh mengeluarkan kenyataan tu dan kita tak tahu sejauh mana artis2 tanah air kita yg 'x brapa tahu tp berani' ni boleh pergi. sebelum keadaan jadi lebih buruk dan tak terkawal, eloklah jika kita boleh pressure pemerintah utk buat guidelines terhadap industri seni tanah air ni. biar ada batasan sket. rasanya mufti baru perlis pernah sebut ttg ni. saya agak setuju jugak dgn cadangan membuat guidelines ni. utk stop terus benda2 hiburan ni adalah sgt payah dgn keadaan sekarang.rasanya bukan satu tindakan yg bijak, nanti mereka terkena kejutan budaya yg teramat dan x dpt adapt (teori saya). memang matlamat kita adalah utk melahirkan masyarakat yg berbi'ah solehah, tp dgn sekularisme dan globalization yg melanda dgn meluas ni, mmg kita kena sgt bijak n kuat bersatu utk melawan arus; yg mana saya pasti tak akan berlaku dlm masa terdekat ni. d best way sekarang adalah utk meminimumkan segala kepincangan yg mungkin berlaku disamping mengemaskini agenda memberi kefahaman jangka panjang kpd masyarakat.

bila fikir2 balik, mmg semua perubahan yg nak dibawa bermula dgn anjakan paradigma masyarakat; ubah cara berfikir; acuan yg nak diguna utk berfikir dan prioriti dlm berfikir. mereka2 nilah yg satu hari nanti akan membentuk kerajaan, mengundi utk pemerintahan. tp yg utama hendak diingatkan kat sini adalah tugas kita bukanlah setakat membina bait muslim shj ya (satu sindiran sinis drpd cacim pokodot) sepertimana yg digembar gemburkan oleh pemuda pemudi islam. mmg betul, pembentkan masyarakat bermula dari situ, tapi bait muslim anda shj tak akan mampu mengubah masyarakat. hendaklah masyarakat juga mempunyai kesedaran utk membina bait muslim dan mempunyai jiwa serta roh mencintai Islam.

dan utk hasrat ni tercapai, dah tiba masanya utk kita turun padang, singsingkan lengan, main lumpur. rasa apa yg masyarakat rasa (bukanlah maksud yg zahir), faham mereka dr sudut pemikiran mereka. selagi mana kita tak faham sebab musabab kebejatan ni berleluasa,(kenapa hisap dadah, bercouple, mulut celupar dan sebagainya) selagi itulah masalah tak akan selesai. kene bezakan 'real problems' dgn 'presented problems'( dah byk kali sgt ulang, huh..) analoginya kalau hidung kita berhingus, presentednya adalah hidung yg bermasalah krn berhingus, tp real problemnya adalah krn infection virus. kalo nak rawat, virus tulah yg mesti di 'attack' terlebih dahulu. kena tackle d sources of the problems. kat sinilah pengorbanan diperlukan; masa, wang ringgit dan keselesaan. tapi kalau mubaligh kristian sanggup hadapi semua ni, harapnya kita mempunyai kekuatan yg lebih utk buat yg lagi mantap insya Allah...

p/s: saya rasa sgt bagus kalo kita semua dpt pressure kerajaan utk buat guidelines kpd industri seni, biar seni (seni yg x brapa seni, kalo kesenian islam tu disokong 200%) mrk terbantut, hehe.