kehidupan...

-ah, rupanya sweater ni mengecut lepas masuk dryer-tagline utk hari ini

exam final utk thn pertama di dublin dah berakhir, tp perjuangan masih belum berakhir. result utk viva pass fail akan keluar dlm masa 2 hari ni, dan juga kemungkinan utk ambil supplement exam masih ada jika fail dlm exam ni- minta di jauhkan Allah.

rupanya nak jadi doktor bukan mudah. sekurang-kurangnya, jalan untukku bukanlah jalan tar spt lebuh raya KL, lurus. terasa susahnya exam. terasa beratnya bebanan utk score dlm exam. mungkin ramai yg dah jadi doktor, dan ramai yg lebih senior dariku sendiri. tp utkku, jalan ini tidak mudah. kerana aku bukan sekadar ingin menjadi doktor. kerana hidupku bknnya sekadar mengejar nama doktor. krn menjadi doktor pd pentafsiranku juga bkn spt itu. tp tentunya keperitan dlm mencapai apa2 juga cita2 di rasa oleh semua, tiada yg terkecuali.

dlm jangka masa dua minggu exam ni, aku dah tengok dua cerita- 'grave of the fireflies' dan 'one litre of tears'. dua2 kisah sedih. dan utk kedua2 nya, aku mengalirkan air mata. entahlah. bukanlah persoalan lakonan aktor dan aktres yg mantap, bukan juga persoalan jln cerita yg menyentuh hati, tapi lebih kpd persoalan kehidupan. kehidupan org lain yg secondary kpd kesedaran kita trhadap kehidupan kita sendiri. kadang2 dlm perjalanan kehidupan seharian, kita tak pernah melintas/ come across kehidupan yg spt dlm cerita2 tersebut. sedangkan pd hakikatnya, mereka wujud. kerana cerita2 tersebut adalah adaptasi pd sejarah manusia. bila kita tidak melintas, jarang pula utk kita melihat, menyedari, memahami, dan mengambil berat ttg mereka. mmg betul, kehidupan kita sepatutnya lebih dr sekadar usaha kita utk mencapai cita2 / matlamat kita yg byk itu.

kadang2 kita terlalu tamak, terlalu mementingkan diri sendiri. semua kehendak kita mesti dipenuhi, semua impian kita mesti menjadi kenyataan. kita mimpikan semua yg indah, yg baik, yg bagus dan yg berharga itu menjadi milik kita. tingginya angan2 , tingginya harapan utk hari depan. kita lupa. ada yg tidak mempunyai hari esok, ada yg setiap berlalunya hari, maka berlalunya satu kemampuan. ada yg merasai peritnya menanti hari depan yg pastinya cuma menjanjikan satu kehilangan...

kasihan, bg mereka yg menjadi mangsa perang, yg kehilangan ibu ayah tempat bergantung. krn hidup tak senang tanpa kasih sayang mereka, krn hati manusia yg lainnya sgt senang berubah.
simpati bagi mereka yg mempunyai penyakit yg tidak ada penawarnya lagi. krn pengetahuan itu perit ditelan, penantian itu sukar dihadapi. menjalani setiap hari dgn kesedaran dan kefahaman ttg penyakit sendiri sgt berat, terutama bg seorang yg usianya cuma belasan tahun.

kerana itu, menjadi doktor bukan sekadar mempunyai stetoskop. bukan sekadar memberi preskripsi ubat pd pesakit...

-menanti subuh-

cerpen dulu2 punya


GAS

Rahim memutar stereng kereta penuh bergaya. Kereta mercedes hitam mata belalang itu meluncur keluar dari masjid Ar-Rahman yang tersergam. Warna kubahnya hijau pucuk pisang, indah sekali pada pengamatan dihiasi corak kaligrafi. Dinding pula berwarna biru muda berukir halus dengan keratan-keratan ayat suci al-Quran yang mempesonakan. Dato’ tersenyum puas. Bangga bersarang di hati. Tidak sia-sia duitnya yang beratus ribu itu dilaburkan. Labanya terzahir di depan mata dalam bentuk yang mengagumkan. Sesekali dato’ tertawa kecil di atas kerusi empuk mercedesnya. Seketika kemudian dia berdehem-dehem kecil.

Abdul Muhaimin memasang tali pinggang keledar. Perasaan risau terdetik juga di hati. Bimbang kejadian yang menimpa puteri Diana di kota Paris menimpa mereka pula di Kampung Manggis Sebatang. Maklumlah, Dato’ orang terkenal, orang popular. Makin banyak penyokong makin banyak jugalah pembangkang , itu adat politik tanah air. Abdul Muhaimin teringat-ingat keramahan Dato’ melayan karenah penduduk kampung . kemesraan Dato’ rupanya telah berjaya menawan hati-hati rakyat biasa itu. Barangkali Dato’ akan meneruskan penguasaanya di daerah itu pada pilihan raya akan datang , itu perkiraan Abdul Muhaimin. Walaupun begitu, dia sebenarnya amat kagum dengan kepetahan Dato’ berhujah dan bersyarah. Ucapan Dato’ sering memberi bekas di hati pendengar . Dato’ tidak lokek air mata dan senyuman. Apabila sahaja Dato’ berbicara soal Palestin, Iraq, Afghanistan dan Chechnya, suaranya berbaur sebak. Ramai orang kemudiannya menjadi tersentuh dan mudah pula menghulur derma. Tidak pula diketahui keikhlasan sebenar Dato’, tapi siapa peduli ? yang penting baginya adalah peluangnya untuk menemu bual tokoh disegani itu.

Dato’ Ghani tersandar kekenyangan di atas kusyen bercorak petak kelabu putih itu. Sesekali melirik pandang ke arah Abdul Muhaimin di sebelah pemandunya. Dato’ bertekad untuk memberikan ekspresi diri terbaik di hadapan wartawan muda majalah Nur Islam’ itu. Moga-moga apa yang ditulisnya di pojok pemimpin nanti akan dapat menguatkan lagi sokongan terhadapnya. Dato’ mengusap janggut kambingnya perlahan-lahan. Ikatan sampingnya dilonggarkan kerana hampir-hampir menyebabkannya tercekik kerana perut penuh.

” Hebat ucapan tadi Dato’, saya pun turut sama terharu”. Rahim, pemandunya memulakan bicara memecahkan suasana hening.

” saya pun amat kagum dengan Dato’. Terutama dengan pengetahuan Dato’ tentang perkembangan Islam di dunia. Padahal Dato’ ni kelulusan ’Harvard’kan Dato’ ?” Abdul Muhaimin menambah. Buku nota kecilnya di tangan itu dibelek-belek sepintas lalu. Penuh dengan tulisan cakar ayam, sekali imbas, haram satu perkataan pun difahaminya. Dato’ Cuma tersenyum simpul. Hatinya berbunga riang dengan pujian insan-insan di hadapannya. Rahim itu memang pandai membodek , diambilnya bekerja lima tahun dulu selepas dianugerahkan gelaran Dato’. Dia kini sudah masak benar dengan fiil perangai Dato’ Ghani. Abdul Muhaimin pula , wartawan muda yang mempunyai semangat kental. Pernah sekali dibuang kerja oleh sebuah penerbitan antarabangsa lantaran kritikan terbuka yang dibuat terhadap pemimpin sebuah negara besar. Pulang sahaja ke Malaysia, dia bagaikan hero, namanya dijulang kerana keberaniannya bersuara. Ahh, anak muda berdarah panas. Dato’ berhujah di dalam hati.

Sawah padi menghijau di kiri dan kanan jalan. Kelihatan beberapa orang anak-anak kecil berlari-larian di atas batas, mengejar pipit-pipit yang nakal barangkali. Dato’ mengelamun, teringat zaman kecilnya dulu. Tak pernah dia bermimpi menaiki kereta mewah mercedes seperti sekarang. Dia mempersoalkan kenyataan motivator yang sering mengatakan kejayaan bermula dari mimpi sedari kecil. Betulkah.... Tiba-tiba Dato’ terdorong ke hadapan. Cermin mata yang sedang dilapnya melantun ke tempat pemandu. Rahim menekan brek mengejut. Abdul muhaimin menggelabah dalam tenang. Matanya membundar terkejut. ”lembu melintas, Dato’.” Rahim menjelaskan pendek. Dato’ mengomel-ngomel kecil. Lembu patut dikurung, patut ada padang rumput khas, patutnya ditambat dan tak patut dibiarkan bebas. Dato’ berkira-kira tentang apa yang patut dan tak patut. Niatnya nak membentangkan usul tersebut di dewan rakyat. Biar semua orang tahu, Dato’ memang prihatin dengan masalah rakyat walaupun cuma isu lembu.

Hilang rasa kantuk yang cuba ditepisnya dari tadi. Telinganya kini tajam menangkap satu persatu butiran kata-kata Dato’ Ghani yang telah dirakamnya sebentar tadi. ”sempena menyambut tahun baru Islam 1425 Hijrah , marilah kita bersama-sama mengenang dan menilai kembali ketamadunan yang pernah dibina suatu ketika dulu. Juga, kita harus bermuhasabah diri , menilai dan mencari sebab kepicangan kita dan kelemahan yang sedang kita alami sekarang. Palestin, Iraq dan Afghanistan, bilakah akan berakhir semua penderitaan yang perlu saudara-saudara kita tanggung?” Abdul Muhaimin menangguk-angguk sendiri. Terbayang di ingatannya keringat Dato’ yang memercik di dahi, berjuang demi rakyat...

Papan tanda memaparkan nama Bandar Permai besar-besar. Bandar ini memang permai, jauh sekali dari hiruk pikuk kota, jauh dari pemandangan warga miskin dan merempat. Rahim sedang membelok masuk selekoh ala pemandu formula one apabila deria baunya mengesan suatu bau asing. Reseptor dalam hidungnya telah diransang dan tidak mungkin dia dapat mengelak lagi. Spontan dia melirik pandang ke arah Abdul Muhaimin di sebelah. Tenang. Tiada riak. Rahim menyumpah-nyumpah di dalam hati. ’Pandai betul mamat ni berlakon’. Dia mendengus kasar.

Spontan Abdul Muhaimin berpalin ke arah Rahim. Sah, ini mesti Rahim punya kerja. Dia bermonolog sendiri. Bukan dia tidak perasan akan kehadiran bau itu, tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa.Abdul Muhaimin memaksa diri untuk tenteram agar tidak disyaki. Walau pun demikian, semakin lama bau itu semakin kuat, ditambah lagi dengan kebingitan enjin yang tiba-tiba dirasakan terlalu bising, kepalanya serabut. Dia pening.
Dato’ Gahni masih lagi enak melayan fikirannya. Sedikit pun riak mukanya tidak berubah. Kali ini tangannya memegang akhbar Bizworld. Khushyuk sekali, tenggelam dalam dunianya sendiri. Abdul Muhaimin dan Rahim diam. Sesekali tangan menggenyeh-genyeh hidung, seperti terkena selsema lagaknya. Mereka berdua lemas dalam gas asing. Wartawan muda mencerlung kasar wajah pemandu. Rahim pula menjeling benci ke arah Abdul Muhaimin. Inilah ruginya menaiki kereta mahal berhawa dingin. Udara tidak bebas keluar msuk sangat. Abdul Muhaimin berazam untuk mengutarakan isu ini suatu hari nanti.

Rahim menahan nafas. Tangan kirinya terba-raba dan tak sempat-sempat menyeluk saku mencapai sapu tangan. Pantas ditekup hidung sebelum menarik nafas dalam-dalam. Abdul Muhaimin pula hampir termedu. Rona mukanya berubah terus. Darah seakan tidak mengalir lagi di dalam arteri-arterinya. Terbayang-bayang telur rebus masak merah yang dimakannya di masjid tadi. Siapa yang begitu bebal menyediakan lauk sebegitu pada majlis sebegini ? dia menyumpah dalam hati. Peparunya dirasakan hampir meletup disebabkan tekanan yang begitu tinggi di dalam pundi alveolusnya. ” ahak , hak , hak...” dia tak tahan lagi hampir terjeluak terus. Rahim mengambil satu-satunya langkah yang patut. Pantas punat automatik ditekan dan tingkap terbuka segera.

Dato’ mengangkat wajah dari pembacaan seraya bertanya ” kamu tak sihat, Muhaimin?” . Laju terluncur satu-satu. Rahim menjawab bahawa wartawan tersebut memerlukan udara segar. Dato’ menjenguk kepala ke luar tingkap. Di luar , kereta bersusun-susun di atas jalan. Gas karbon monoksida yang terbebas memenuhi udara. Wartawan muda itu memejamkan mata. Cuba menikmati udara segar yang kian tercemar itu. Biar bebas dari bau yang satu itu. Rahim meneruskan pemanduannya. Sesekali mengerling Muhaimin dengan ekor matanya. Dato’ bertuah, tentu minyak wangi Bonia yang dipakainya menghalang dari semua bau yang tidak disenanginya. Rahim menelaah sendiri.

Suasana kembali bening. Rahim bersiul-siul kecil. Dato’ tenggelam dalam pembacaannya. ” Rahim, nanti kau berhenti di masjid ya. Aku nak solat ”. Dato’ tiba-tiba bersuara. ” solat apa , Dato’ ? kan tadi kita dah solat zuhur ? ”. Rahim pula menyoal hairan. Abdul Muhaimin memasang telinga. ” solat Dhuha ”. Ringkas jawapan Dato’. Rahim memandang Abdul Muhaimin meminta kepastian. Matanya membundar. Muhaimin meneliti jam tangannya. Jam 3.09 petang. Salat Dhuha ?

'SYAITAN SUCKS!' N 'BELIA BENCI SYAITAN' CAMPAIGNS

the exam is juz around the corner, n i'm quite busy with some of my works, essays, n others. currently m generating ideas on 'syaitan sucks !' and 'belia benci syaitan' campaigns. they sound cool to me. got the ideas from a friend and i guess they would be great on papers and appeal to youngsters out there.so, anyone interested ? give me a hand, together we fight syaitans la'natullah...

STRANGERS...ARE US INSHA ALLAH

-clip video below-

Our Prophet :sallulahu alayhi wasalam: said something along the lines of "Islam initiated as something strange, and it would revert to its old position of being strange, so good tidings for the strangers".

Ghurabaa’ wa li ghairillaahi laa nahnil jibaa
Ghurabaa’ do not bow the foreheads to anyone besides Allah

Ghurabaa' war tadhainaa haa syi’aaran lil hayaa
Ghurabaa’ have chosen this to be the motto of life

Ghurabaa’ wa li ghairillaahi laa nahnil jibaa
Ghurabaa’ do not bow the foreheads to anyone besides Allah

Ghurabaa’ war tadhainaa haa syi’aaran lil hayaa
Ghurabaa’ have chosen this to be the motto of life

Inta sal ‘anna fa inna laa nubaali biththughaa
If you ask about us, then we do not care about the tyrants

Nahnu jundullaahi dawman darbunaa darbul-ubaa
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path

Inta sal ‘anna fa inna laa nubaali biththughaa
If you ask about us, then we do not care about the tyrants

Nahnu jundullaahi dawman darbunaa darbul-ubaa
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path

Lan nubaali bil quyuud, bal sanamdhii lil khuluud
We never care about the chains, rather we’ll continue forever

Lan nubaali bil quyuud, bal sanamdhii lil khuluud
We never care about the chains, rather we’ll continue forever

Fal nujaahid wa nunaadhil wa nuqaatil min jadiid
So let us make Jihad, and battle, and fight from the start

Ghurabaa’ hakadzal ahraaru fii dunya-al ‘abiid
Ghurabaa’ this is how they are free in the enslaved world

Fal nujaahid wa nunaadhil wa nuqaatil min jadiid
So let us make Jihad, and battle, and fight from the start

Ghurabaa’ hakadzal ahraaru fii dunya-al ‘abiid
Ghurabaa’ this is how they are free in the enslaved world

Kam tadzaakarnaa zamaanan yawma kunna su’adaa
`How many times when we remembered a time when we were happy

Bi kitaabillaahi nahfuzh-hu shabaahan wa masaa
`In the book of Allah, we recite in the morning and the evening

Kam tadzaakarnaa zamaanan yawma kunna su’adaa
`How many times when we remembered a time when we were happy

Bi kitaabillaahi nahfuzh-hu shabaahan wa masaa
`In the book of Allah, we recite in the morning and the evening

May Allah Subhanahu Wa Ta'aalaa dishonour all those who stand in the way of Al-Ghurabaa' (The Strangers)