PEMURNIAN SEJARAH


sewaktu forum maulidur-Rasul hari itu, ada ditimbulkan ttg pemurnian sejarah dan kepentingannya dalam membangunkan masyarakat. saya pernah dengar ttg pemurnian sejarah ini, tapi kurang pasti akan penjelasan yang sebenarnya. tetapi, bagaimanakah sejarah sebenarnya mampu membentuk masyarakat kita ? secara teorinya, memang sejarah banyak mengajar kita, tetapi dari segi pengaplikasiannya dalam kehidupan masyarakat hari ini, saya kurang pasti. itulah yang akan cuba saya terokai..

DEB- ulangkaji bhg satu


p/s: sila klik pada tajuk utk ke sumber rujukan bg artikel ini


Saya rasa DEB satu tajuk yg menarik jugak utk dilihat sbb melibatkan isu yg besar bg Negara kita. Kemudian sy dapati sebenarnya pd tahun 1990, DEB dah digantikan dgn National Development Plan. Ttp dasar-dasar DEB masih secara tak langsung diteruskan sehingga sekarang. Tak banyak yg diketahui ttg DEB melainkan bhw mengikut teks sejarah, sy cuma faham bhw DEB tercetus atas hasrat ingin membantu meningkatkan kedudukan ekonomi org melayu yg kita akui pd waktu 1970-an adalah sgt lemah. Tetapi mengikut sumber2 berlainan, perlaksanaan DEB sebenarnya bukanlah berfokus kpd meningkatkan ekonomi bangsa Melayu scr spesifiknya, ttp lebih kepada ;

Among the NOC's first decisions was the implementation of the NEP, with the goal of "eventually eradicat[ing] poverty...irrespective of race" through a "rapidly expanding economy" which would reduce the non-Malay share of the economy in relative terms, while increasing it in absolute terms.

Dan memandangkn pd waktu itu bangsa Melayu yg dibelenggu masalah kemiskinan dan kemunduran ekonomi, maka perlaksanaan DEB berfokus pd bangsa Melayu. Ttp sy tak nafikan wujudnya kepincangan pd kenyataan ni krn kita juga perlu ingt ttg keadaan ekonomi bangsa India yg tidak kurang lemahnya juga.

Dr sumber yg lain pula ;

The New Economic Policy (NEP) of Malaysia was a set of government actions introduced in 1970 to promote the interests of ethnic Malaysians (bumiputras, or "sons of the soil") over those of the nation's other two large ethnic groups: the Chinese and the Indians.

Sy tak tahu apa dasar utama yg menggerakkan DEB/ dasar pembangunan Negara sekarang. Sama ada bersifat racial atau racist. Ttp berdasarkan quote yg pertama, tak ada salahnya perlaksanaan dasar ini, melainkan yg salahnya adalah yg kepincangan pihak yg melaksanakannya.

Agak menarik utk melihat timbul byk isu berkaitan bangsa sbgmana yg ditimbulkan oleh prof Khoo yg juga sebenarnya mempengaruhi perlaksanaan DEB ini. Walaupun secara umumnya DEB berjaya mencapai sasaran utk meningkatkan ekuiti bumiputra berbanding tahun 1970, ttp nilai yg disasarkan tidak berjaya dicapai. Sasaran adalah 30:40:30 drpd keadaan asal 2.4:33:63 (Bumiputra, Other Malaysian, Foreigner)


Antara kesan-kesan perlaksanaan DEB yg jelas sekarang adalah spt :

Positif

1.Meminimumkan sama sekali perselisihan kaum dr tercetus.


2.Kemiskinan di Malaysia berkurang dr 49 % kpd 9 %.

Negatif

1.Hutang Negara meningkat dan ekonomi tidak berkesan


2.Kebimbangan/ keraguan di kalangan pelabur sector swasta


3.syarikat antarabangsa merungut bhw calon bumiputra kurang berkelayakan dan motivasi dlm berbisnes


4.Meningkatkan jurang pendapatan yg ketara di kalangan bangsa melayu sendiri dan


5.kebanyakan faedah ini dikaut oleh kumpulan yg berkaitan kerajaan/ kronisme

Ttp rasanya jika perbincangan ingin diteruskan, elok cuba mendapatkan pendapat pakar ekonomi Islam. Apakah keadilan dlm ekonomi sbgmana yg dianjurkan oleh Islam? Adakah bermakna setiap bangsa mesti menguasai ekonomi scr sama rata, atau mengikut nisbah kaum, atau mengikut siapa shj yg berusaha keras ? krn tafsiran keadilan adalah berbeza mengikut kaum dan mmg ini tak akan dpt dinafikan sama sekali. Ttp sy bersetuju bhw adalah mmg tak patut kita mengutamakan org Melayu atas dasar menegakkan Islam.

jom fahami FTA

sejak belakangan ini, asyik terdengar desas desus tentang FTA yang mana menjadi satu isu yang agak besar bg pemerintahan negara kita. ada pihak yang menyokong dan ada juga pihak yang membangkang. pada dasarnya, aku berpegang pd prinsip bhw kerajaan tahu apa yang diusahaknnya itu. mereka lebih banyak ilmu berbanding aku. jadi kiranya aku taqlid dalam hal ini, apa yg dikata baik, maka itu yang aku terima. tapi aku dapati pemikiran begini bakal menjerumuskan aku ke lembah beku. minda yang beku dan tak mampu membuat keputusan sendiri. sekurang-kurangnya kita patut tahu dan lebih utama lagi, kita patut ambil tahu. lalu aku mengambil langkah mencari dan memahami; apa itu FTA. di bawah ini adalah hasilnya berserta sumber rujukan. masih terdapat lompang yang perlu diperbaiki dan aku hanya menulis dari sudut pemahaman bhw aku tidak menyokong FTA. kiranya sedikit berat sebelah dalam menyatakan kesan negatif dan positifnya. walaubagaimanapun, nasihatku supaya setiap kita menggali maklumat sebelum membuat apa-apa pendirian. lawatlah Malaysia think tank London utk overview yang berlainan.http://www.malaysiathinktank.org.uk/index.php
FREE TRADE AGREEMENT

Apa itu FTA ?

FTA adalah singkatan kepada ‘ free trede agreement’ atau perjanjian perdagangan bebas yang merujuk kepada perjanjian antara negara-negara yang terlibat untuk perdagangan yang bebas dari tariff atau kuota import. Kawasan perdagangan bebas pula adalah kawasan dimana kekangan terhadap perdagangan tanpa batasan telah dikurangkan ke tahap minimum.Walaubagaimanapun dalam FTA ini akan selalunya berlaku pemansuhkan polisi dan peraturan seperti subsidi dan tax yang melindungi industri domestik sesebuah Negara.

Apakah tujuan diwujudkan FTA ?

Tujuan asal diperkenalkan FTA adalah untuk mengurangkan halangan supaya perdagangan bebas berlaku secara mudah hasil daripada pengkhususan skil oleh pekerja mengikut (teori dan praktikal ) kepakaran secara perbandingan. Berdasarkan teori ini, dalam sesebuah pasaran yang equilibrium, sesuatu pengeluar akan mengkhusus kepada bidang yang lebih mereka kuasai secara perbandingannya dari pengeluar lain. Teori ini mencadangkan bahawa akan berlaku peningkatan dalam pendapatan dan kekayaan bagi penduduk di kawasan perdagangan bebas juga pengumpulan kekayaan tetapi tidak pula menjelaskan tentang pengagihan kekayaan tersebut di kalangan penduduk.

Apakah sejarah FTA ?
Pada 1 Januari 1994, 3 negara di benua Amerika Utara iaitu Kanada, Amerika Syarikat (AS) dan Mexico telah menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA). Perjanjian ini telah diperluaskan ke beberapa negara termasuk China, India dan kini giliran Malaysia.
Inti perjanjian NAFTA ialah penghapusan cukai terhadap barang-barang AS ke Mexico dan juga penghapusan tarif secara berperingkat oleh Mexico selama 14 tahun. Tapi kini (2007 ) majoriti rakyat Mexico berasa kesal kerana ia akhirnya memihak kepada negara maju iaitu Amerika Syarikat dan Kanada.
Perjanjian FTA AS-Australia pula telah merugikan negara Australia. Menurut kajian oleh Institut Penyelidikan Ekonomi dan Industri Kebangsaan bagi Pekerja-Pekerja Pembuatan Australia, ia merugikan ekonomi Australia hampir A$50 bilion dan kehilangan seramai 20,000 pekerjaan.
Apakah perkembangan semasa Malaysia-AS FTA ?
Rundingan perjanjian FTA Malaysia- AS bertitik tolak daripada Perjanjian Rangka Kerja Perdagangan dan Pelaburan (TIFA) Malaysia-AS yang ditandatangani pada Mei 2004.
Objektif TIFA ialah untuk mengukuhkan lagi hubungan ekonomi, terutamanya perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dengan AS menerusi penghapusan halangan dagangan dan bukan-dagangan di antara kedua-dua buah negara.
Mulai Jun 2006 , wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) Susan Schwab berunding dengan kerajaan Malaysia berhubung Perjanjian Perdagangan Bebas ( FTA). Malaysia merupakan rakan dagang AS yang ke-10 terbesar, dengan AS$44 bilion dalam perdagangan dua hala pada 2005. Para penganalisis dagangan Malaysia meramalkan eksport AS ke Malaysia akan berganda dengan cukai, tarif , subsidi dan sebagainya dapat diselaraskan.
Presiden Bush mahu rundingan terhasil sebelum 1 Julai 2007 iaitu sebelum tempoh presiden tamat. Rundingan pusingan ke-5 telah berlangsung di kota kinabalu akhir bulan lepas. Timbalan USTR ialah Karan Bhatia . Malaysia diwakili oleh Datuk Seri Rafidah Aziz selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
pada 1 Januari 2007 ahli kongres kanan Amerika Syarikat ,Tom Lantos yang mewakili California mendesak rundingan FTA dengan Malaysia digantung.Tom Lantos berang dengan perjanjian gas antara syarikat swasta Malaysia dengan Iran yang bernilai AS$16 bilion (AS$1=RM3.50) .Sedangkan perjanjian itu bukan kerajaan Malaysia tapi sebuah syarikat swasta Malaysia, SKS Ventures dengan syarikat milik negara National Iranian Oil Co. Kerajaan Malaysia tidak terlibat .
Ironinya ialah California yang diwakili Tom Lantos merupakan pengeksport terbesar dari AS ke Malaysia, menghantar kira-kira AS$2 bilion nilai barangan setahun Malaysia.
Intisari perjanjian dua hala FTA Malaysia-AS ialah masing-masing tidak mengenakan sebarang halangan dagangan ke atas aliran barang, perkhidmatan dan pelaburan di antara kedua-dua negara Bagaimanapun, Malaysia dan AS mengekalkan rejim tarif masing- masing ke atas aliran barang, perkhidmatan, dan pelaburan daripada negara ketiga.
Persoalan-persoalan yang timbul jika Malaysia ingin memeterai perjanjian dengan AS.

Perbezaan dari segi prinsip-prinsip nilai budaya dalam Konstitusi Perlembagaan AS dan Malaysia. Contohnya, mengikut Konstitusi Perlembagaan Persekutuan, Islam merupakan agama rasmi bagi Malaysia, namun dalam konstitusi perlembagaan Amerika Syarikat pula termaktub bahawa 'kongress tidak akan menggubal sebarang perundangan yang mengiktiraf secara rasmi sebarang jenis agama...' nilai-nilai yang termaktub inilah yang mempengaruhi pengamalan sistem kapitalist sepenuhnya dan juga nilai-nilai sosial Amerika Syarikat .
Berdasarkan ini, mana-mana pihak yang ingin memeterai sebarang perjanjian dengan Malaysia haruslah menghormati dan mengambil kira nilai-nilai ini terlebih dahulu.

Perihal penjagaan harta intelek yang sangat berbeza antara AS dan Malaysia. Di dalam Artikel 1 Seksyen 8 konstitusi perlembagaan Amerika Syarikat termaktub mengenai harta intelek di mana kongress di beri kuasa 'Untuk menggalakan pembangunan dalam sains dan kesenian yang berguna, dan memberikan penjaminan hak eksklusif kepada para pengkarya dan pencipta dalam masa yang terhad, kepada penulisan dan juga penemuan mereka. Sedangkan bagi Malaysia, Laporan daripada Kesatuan Harta Intelek Antarabangsa ( IIPA ) iaitu gabungan kesatuan-kesatuan dan perbadanan industri harta intelek Amerika Syarikat melaporkan bahawa negara Malaysia merupakan pengeksport nombor satu bagi cakera optik permainan video cetak rompak di dunia. Sekiranya perjanjian FTA antara Malaysia dan Amerika Syarikat mempunyai syarat-syarat sama seperti perjanjian NAFTA, yang memberikan hak kepada pihak individu ataupun syarikat korporat untuk menyaman kerajaaan, sediakah Malaysia menghadapi saman oleh syarikat-syarikat seperti studio-studio perfileman dari Hollywood, syarikat-syarikat industri rakaman Amerika Syarikat, ataupun juga saman oleh sebuah syarikat gergasi seperti Microsoft? Mampukah kerajaan membayar pampasan ganti-rugi yang mungkin di pinta?
Risiko FTA Malaysia-AS kepada Malaysia secara amnya
Perubatan
Harga ubat akan naik melambung tinggi kerana lebih banyak ubat akan dipatenkan oleh syarikat AS yang akan menentukan harga ubat bagi mengaut keuntungan. Ubatan generic akan berkurangan di pasaran disebabkan penguatkuasaan penjagaan harta intelek. Ini akan meningkatkan kos terutama untuk merawat penyakit seperti HIV dan menyukarkan pesakit terutama golongan miskin untuk mendapat ubatan generik dengan harga yang murah dan berpatutan.
Pertanian
Pada masa ini petani Malaysia diberikan subsidi untuk menghasilkan tanaman dan menjualnya dengan harga berpatutan. Hasil tanaman dari luar negara dikenakan tarif import untuk melindungi petani daripada kerugian. Selepas FTA, petani akan kerugian apabila tarif tanaman luar negara akan dikurangkan. Malaysia akan dibanjiri oleh hasil tanaman AS yang amat murah berbanding dengan harga tanaman Malaysia. Petani Malaysia akan mengalami kerugian tinggi dan tidak dapat bertani lagi. AS menggunakan teknologi tinggi dan memberi subsidi tinggi kepada pertanian mereka. Oleh itu, harga tanaman tempatan tidak boleh bersaing dengan harga tanaman AS yang sangat murah
Perkhidmatan
AS mahukan Malaysia meliberalisasikan perkhidmatannya yang bermakna membuka sektor perkhidmatan kepada persaingan asing. AS menyasarkan syarikat telekomunikasi Malaysia, perkhidmatan kewangan, tenaga, penjagaan kesihatan, perkhidmatan pengedaran, perkhidmatan profesional seperti guaman, akauntan, jurutera dan doktor serta perkhidmatan penyiaran
Harga Barangan
Di bawah FTA dengan AS, sektor perkhidmatan seperti air, elektrik, telekomunikasi, pengangkutan boleh diambil alih oleh syarikat asing dan beroperasi untuk keuntungan mengakibatkan kenaikan harga dalam perkhidmatan. Contohnya, kilang yang mengeluarkan beras perlukan perkhidmatan elektrik untuk memproses, perkhidmatan pengangkutan dan lebuh raya untuk mengedar barangan. Jika kos perkhidmatan naik, maka harga beras pun akan naik.
Hak konsumer
Perjanjian dengan AS memerlukan Malaysia supaya memansuhkan penggunaan label untuk makanan yang telah diubahsuai secara genetik. Hampir 40 negara di seluruh dunia seperti China , Jepun , Australia dan kebanyakan negara eropah, mewajibkan makanan yang diubah secara genetik untuk dilabel dan ini merupakan hak konsumer untuk tujuan kesihatan dan keagamaan yang mesti dipenuhi oleh pengeluar.

FTA anjuran AS sebenarnya membawa kesan positif dan juga kesan negatif kepada negara. Walaubagaimanapun kebijaksanaan dalam menilai beratnya kesan positif dan negatif itu akan menentukan masa depan dan hala tuju Negara seterusnya. Oleh itu wajarlah jika kita menjadikan sejarah lampau Negara dan Negara-negara lain yang telah pun menandatangani perjanjian ini sebagai iktibar dan panduan sebelum apa-apa persetujuan dicapai.
SUMBER RUJUKAN

Akauntabiliti Rasulullah s.a.w. dikagumi tokoh Barat

sumber : website PPIMI

STONER dan Wankel dalam buku Pengurusan (terjemahan Yaakob Ibrahim) mentakrifkan pemimpin sebagai seseorang yang mengetuai sesuatu organisasi atau pertubuhan atau kumpulan ke arah mencapai matlamat mengikut piawaian ditentukan.Oleh demikian, peranan pemimpin untuk membawa perubahan organisasi atau pengikut ke arah kebaikan menjadi akauntabiliti kepada pemimpin itu dan harapan besar pengikutnya.
Secara kasarnya akauntabiliti bermaksud memikul beban tugas diamanahkan selari kebolehan dan bertanggungjawab penuh kesan pelaksanaannya. Akauntabiliti seseorang pemimpin terhadap organisasi dan pengikutnya bukan tugas mudah.Rasulullah bersabda maksudnya, “Setiap orang daripada kamu adalah penjaga dan setiap penjaga bertanggungjawab (akauntabiliti) terhadap apa yang dijaganya.” – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ensiklopedia Britanica menyifatkan Nabi Muhammad SAW sebagai personaliti pemimpin agama paling berjaya di dunia. Bekas penulis terkenal British, George Bernard Show menyatakan, jika Nabi Muhammad SAW masih hidup, beliau akan berjaya menyelesaikan masalah yang mengancam tamadun dunia hari ini.Beberapa contoh sanjungan tinggi cendekiawan Barat terhadap Rasulullah SAW itu adalah kerana mereka kagum dengan kecemerlangan akauntabiliti yang menjadi piawaian utama kepimpinan Rasulullah SAW.Kita yakin tokoh Barat itu kagum dengan Rasulullah SAW kerana Baginda memiliki kualiti nilai insan yang hebat dan menjadi contoh dalam mengamalkan akauntabiliti sehingga masyarakat Arab menggelarnya al-Amin.Pada prinsipnya al-Amin bermaksud pengamal akauntabiliti yang dipercayai dan memberi perkhidmatan memuaskan kepada masyarakat.

Rasulullah SAW menolak percubaan rasuah puak nasionalis dan korporat Quraisy untuk menawarkan jawatan raja, perempuan cantik dan harta kekayaan dalam usaha memujuk Baginda berundur menjalankan aktiviti dakwah.Satu lagi perkara menarik mengenai kepemimpinan Rasulullah SAW ialah Baginda tidak menamakan dan menentukan pengganti selepas kewafatannya. Nabi Muhammad SAW menyerahkan urusan pencarian penggantinya kepada kuasa rakyat.Allah memerintah umat Islam menggunakan amalan syura dalam membuat keputusan mengenai urus tadbir negara dan hal ehwal urusan mereka.

Allah berfirman bermaksud: “Bermusyawarahlah kamu dengan masyarakat dalam urusan itu.” (Surah ali-Imraan, ayat 159)Berdasarkan amalan syura dalam pencarian pengganti Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar dipilih sebagai pemimpin negara Islam. Amalan syura adalah proses permulaan demokrasi yang ditetapkan dalam usaha menyerahkan kepada kuasa rakyat menentukan urus tadbir negara dan hal ehwal urusan masyarakat.

Bagaimanapun ada sekumpulan serpihan umat Islam ketika itu mempertikaikan majlis syura itu.Golongan serpihan dikenali puak Syiah menyatakan Rasulullah SAW menamakan dan menetapkan penggantinya iaitu Saidina Ali pada majlis Ghadir al-Kum di Makkah ketika dalam perjalanan pulang menunaikan Haji Wida’.Bagaimanapun, ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ahli hadis muktabar menolak dakwaan palsu puak Syiah. Saidina Ali sendiri tidak menuntut jawatan itu, malah bersabar dan menerima baik majlis syura yang diputuskan. Beliau menjadi Khalifah Islam keempat.

Akauntabiliti sahabat Rasulullah SAW juga cemerlang, contohnya Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar membuat ucapan hampir sama ketika dipilih sebagai Khalifah.Antara inti kata ucapan mereka, “Jika saya benar maka ikutilah saya dan jika saya menyeleweng, maka perbetulkan saya bagi menentukan urus tadbir negara tidak tersesat dan bersedia meletakkan jawatan jika gagal memenuhi akauntabiliti.”Berdasarkan penekanan kepemimpinan Rasulullah SAW dan sahabatnya mengenai akauntabiliti, jelas menunjukkan pematuhan akauntabiliti bermula daripada model pucuk pimpinan.

Kepentingan akauntabiliti dalam urus tadbir negara jelas diterangkan dalam al-Quran, surah an-Nisaa’, ayat 58 dan 59. Isu utama dalam ayat itu ialah:* Urus tadbir negara dan rakyat bukan melalui diktator dan hendaklah merujuk kepada al-Quran dan sunnah dalam menyelesaikan masalah negara.

* Pemimpin tidak boleh menjalankan urus tadbir berdasarkan pandangannya semata-mata tanpa merujuk kepada al-Quran dan sunnah, dan
* Melaksanakan amanah dan berlaku adil kepada rakyat jelata selari dengan mandat diberikan rakyat.Kesan besar yang timbul daripada kelemahan akauntabiliti ialah berlaku penyelewengan kuasa, rasuah dan amalan demokrasi tidak memberi makna apa-apa kepada rakyat.Rakyat dan orang awam pula berasakan haknya tidak ditunaikan secara adil. Allah memberi peringatan dalam al-Quran supaya umat Islam tidak menurut jejak langkah dan meniru gaya urus tadbir seperti Firaun, Haman dan Qarun.

Dr Sheikh Yusuf al-Qaradawi dalam buku Fiqh ad-Daulah, menyebut ciri utama tokoh korup:
* Firaun adalah pemerintah diktator, ada bidang kuasa mutlak dan mendakwa dirinya tuhan kerana meyakini tidak ada kuasa lain boleh menggugat pemerintahannya
* Haman ialah seorang pemikir dan penasihat politik yang sentiasa berlegar mengelilingi Firaun. Berdasarkan kepandaian dan pengalaman perkhidmatan dengan pemerintah, ia berusaha memujuk rakyat supaya terus memperkukuhkan kekuasaan Firaun walaupun menyedari rakyat hidup menderita, dan
* Qarun, seorang tokoh korporat yang mengambil manfaat daripada pemerintah. Dia membantu pemerintah dengan kewangannya dengan harapan akan mengaut habuan lebih besar tanpa mempedulikan kesengsaraan hidup rakyat jelata.

Sempena sambutan Maulidur Rasul, marilah kita menginsafi diri mempertingkatkan kualiti bina insan dan akauntabiliti diamalkan Rasulullah SAW, sahabatnya dan elak daripada mencontohi watak tokoh korup.Mereka yang gagal mengamalkan akauntabiliti tidak terlepas daripada hukum Allah pada hari akhirat nanti.Firman Allah bermaksud, “Amat besar kebencian di sisi Allah, jika kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melaksanakannya.” (Surah As-Saff, ayat 4)

Rencana sumbangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

DEB- DASAR EKONOMI BARU YANG SEMAKIN LAPUK?


satu artikel yang baik utk di baca, mengupas ttg dasar utama perlaksanaan DEB, adakah sekadar ingin membangunkan ekonomi bangsa Melayu yang dilihat pada waktu itu (baca:pasca kemerdekaan) sangat terkebelakang , seperti yg di ajar kpd kita dalam teks sejarah ? wajarkah kita menyokong ketuanan Melayu di negara Malaysia ?
artikel dari Malaysia Today : http://malaysia-today.net/blog2006/index.php?itemid=3517

p/s :artikel tidak menggambarkan pendirian pemilik blog

31/03: DEB kesasar kerana budaya politik 'racist' kita
Category: General
Posted by: Raja Petra
Rustam Sani

Sewaktu Anwar Ibrahim ditemuramah Anand Naidu (mewakili Riz Khan) di saluran Al-Jazeera International baru-baru, suatu persoalan yang telah ditimbulkan ialah saranan Anwar sejak akhir-akhir ini supaya Dasar Ekonomi Baru (DEB) dimansuhkan.Ini menunjukkan bahawa isu pemansuhan DEB itu tidak saja menarik perhatian di dalam negara ini tetapi juga pada tahap antarabangsa.Saya berpendapat bahawa langkah Anwar menjadikan persoalan itu salah satu isu politik yang akan ditekankannya merupakan satu langkah yang berani – malah boleh juga menjadi langkah yang dapat memudaratkan masa depan politiknya sendiri.Dilihat dari pelbagai segi, saya memang dapat bersetuju dengan sikap dan pandangan Anwar itu. Namun, dilihat dari segi suasana sosial dan budaya di negara ini kini, saya khuatir bahawa terdapat kemungkinan pandangannya itu akan disalah tanggap oleh kebanyakan orang.Lebih-lebih lagi pandangan yang demikian itu boleh dengan sengaja diputarbelitkan oleh musuh-musuh politik Anwar – atau oleh para “pawang spin” yang bekerja untuk mereka.Sebagai suatu dasar yang digubal dengan tujuan untuk membantu golongan Bumiputra yang terpinggir dalam arus ekonomi negara ini supaya dapat menyertai arus utama ekonomi, maka alasan untuk melancarkan DEB itu pada awal tahun 1970an itu mungkin kelihatan sebagai langkah yang wajar.Selain itu, perlu diingat bahawa dasar tersebut telah digubal, dan dilaksanakan, dalam suasana negara baru sahaja lepas menghadapi kancah sengketa kaum yang amat mencemaskan (1969) – sengketa yang dikatakan telah dicetus oleh peminggiran orang Melayu itu.Namun, suatu persoalan yang tidak pernah difikirkan hingga tuntas oleh para penggubal dasar itu ialah: Apakah penggubalan dan perlaksanaan dasar itu didasarkan pada gagasan keadilan atau gagasan perkauman (racial) – atau, lebih buruk lagi, atas asas ketuanan sesuatu kaum (racist).Terdapat perbezaan yang asasi antara pendekatan yang bersifat racial dengan pendekatan yang bersifat racist. Pendekatan racial berasaskan pada sikap bahawa bantuan terhadap sesuatu kelompok itu perlu diberikan kerana sesuatu kaum itu memerlukan suatu jenis sokongan tertentu – demi keadilan atau pembetulan sesuatu kesenjangan sejarah, misalnya.Tetapi dalam pendekatan yang bersifat racist, asas bagi langkah mengutamakan sesuatu kaum itu ialah andaian bahawa sesuatu kaum itu lebih tinggi martabadnya daripada kaum lain – atas asas pelbagai jenis mitos tentang “ketinggian” sesuatu kaum.Dalam kebangkitan ideologi neo-Nazi di Jerman sejak akhir-akhir ini, misalnya, para penyokong ideologi itu jelas mengancam nyawa kaum pendatang kulit bewarna (khususnya hitam) bukan kerana kedudukan orang putih terancam oleh penguasaan ekonomi kaum pendatang itu.Kaum pendatang itu dipinggirkan dan diancam semata-mata kerana segolongan orang putih yang bersikap racist ingin mempertahankan “kemurnian darah”nya yang kononya akan tercemar melalui percampuran mereka dengan orang hitam yang dipercayai lebih rendah martabadnya itu.Saya kira, ideologi “racist” yag sama jugalah yang telah mendorong seorang pemimpin kanan Pergerakan Pemuda Umno baru-baru ini, yakni sewaktu terbitnya kajian Asli yang menyatakan ekuiti Melayu kini telah mencapai 40 peratus, untuk menyatakan: “Mengapa kita perlu gusar tentang 18 peratus atau 40 peratus? Apa salahnya kita naikkan sahaja matalamat kita menjadi 80 peratus?”Jelas kelihatan di sini suatu sikap tentang “ketuanan bangsa saya” – “my race right or wrong.” Soal keadilan maupun kewajaran (decency) sama sekali tidak diendahkan di sini.Saya kira DEB yang didasari oleh pemikiran "racist" yang seperti inilah yang wajar kita perangi – sebagaimana yang disarankan oleh Anwar Ibrahim.Tambahan pula, perlaksanaan DEB yang didasarkan pada ideologi racisme seperti ini telah menghasilkan terlalu banyak kebobrokan sosial sampingannya di negara kita, antaranya kronisme, nepotisme, korupsi, rent-seeking, dan sebagainya –bukannya keseimbangan ekonomi antara kaum yang sebenarnya.Anwar malah telah menghuraikan sikapnya ini dengan baik apabila dia menyatakan bahawa dia ingin menggantikan DEB itu dengan suatu dasar yang dinamakannya Agenda Ekonomi Rakyat Malaysia: “ … dengan merangkanya dan melaksanakannya dengan telus dan bertanggugjawab (demi) memastikan kejayaan dan kemakmuran bangsa Melayu bersama-sama bangsa Cina, India dan komuniti-komuniti lain.”Manakala saya menyokong dan bersimpati dengan Anwar dalam menyarankan pemansuhan DEB ini, saya juga berharap beliau akan berjaya memperjelaskan sikapnya itu di kalangan masyarakat yang sudah begitu lama dan sudah begitu sebati diasuh dengan ideologi racisme yang agak tebal.Malah secara umumnya, pada hemat saya, itulah masalah utama yang perlu dihadapi oleh para pemimpin dan pemikir politik yang reformis orientasinya dalam masyarakat kita. Bagaimanakah akan kita dorongkan sikap membenci dan menentang rasuah, misalnya, sedangkan sebahagian besar rakyat negara ini hidup dalam suasana rasuah – dan berasa selesa.Bagaimanakah kita akan dapat mengajak mereka menentang suatu dasar yang berasaskan racisme, sedangkan mereka sendiri sudah begitu tebal sikap racismenya – sebagaimana kebanyakan rakyat negara ini?Saya malah mempunyai wasangka bahawa bukan para peggubal dan pelaksana DEB ini saja yang didorong oleh ideologi racisme yang tebal tetapi juga pihak yang menentangnya. Mereka menentang DEB bukanlah kerana ketidakadilan perlaksanaan dasar itu, tetapi tidak kurang juga kerana dasar itu kononnya memanfaatkan orang Melayu.Jika orang Melayu itu ketinggalan dan mundur dalam keadaan yang lain di sebuah negara lain, misalnya, maka para penentang DEB itu bukan sahaja tidak mengkritik dasar negara itu. Mereka malah memujinya sebagai dasar yang “adil” -- dan meletakkan segala kesalahan kepada orang Melayu sendiri, yang kononnya mempunyi sifat semulajadi (innate) yang tidak berdaya maju.Bagi saya, sikap dan pandangan yang demikian itu tidaklah kurang unsur racistnya berbanding dengan DEB itu sendiri.Kita perlu berusaha memansuhkan DEB, tetapi kita juga harus berusaha memusnahkan sikap dan mentaliti racist dari pemikiran dan budaya politik bangsa kita. Jika tidak, sebarang dasar yang bakal menggantikan DEB itu nanti hanya akan membawa kita ke lubuk kebobrokan yang sama juga.