Rasanya seperti entri di bawah agak radikal pada mulanya. Saya sudah membacanya kembali dan memang ada beberapa tempat yang agak melampau kenyataannya, jadi sudah saya ubah supaya tak lari daripada maksud asal penulisan. Tak tahu apa yang saya fikirkan sewaktu menulis entri tersebut, hairan juga. Dahlah menggunakan bahasa Inggeris . Tapi saya rasa seperti membiarkannya di situ sebagai bukti bahawa kadang-kadang pemikiran kita di luar sangkaan diri sendiri. Sebab itu ada sesetengah orang mempunyai diari, apabila menatap kembali tulisan-tulisan yang bertahun-tahun usianya, pasti kita akan tergelak, entah kelakar entah terasa diri sangat bodoh dan tidak matang. Keputusan yang kita buat tahun lepas, bulan lepas atau minggu lepas, mungkin saja tak akan kita setujui pada waktu sekarang ini. Insan berevolusi, bukan SAHAJA pada jasad fizikal, tapi pada kematangan emosi, ketajaman pemikiran dan kekuatan rohani/SPIRITUAL. Kalau ada yang bertanya siapa saya yang kelmarin menulis ' some issues in hand' , maka saya akan jawab; "ooh, itu sebahagian daripada diri saya yang tak dapat definisikan, ada sesuatu yang bermain dalam fikiran waktu itu". Ada beberapa ketika dalam hidup kita, kita perlu menekan butang rehat, berdiri sebentar dan merenung sejenak- ke belakang yang telah kita tinggalkan - ke hadapan yang bakal kita lalui. Hmm, entah apa kena dengan Muslihah ~
No comments:
Post a Comment