jom fahami FTA

sejak belakangan ini, asyik terdengar desas desus tentang FTA yang mana menjadi satu isu yang agak besar bg pemerintahan negara kita. ada pihak yang menyokong dan ada juga pihak yang membangkang. pada dasarnya, aku berpegang pd prinsip bhw kerajaan tahu apa yang diusahaknnya itu. mereka lebih banyak ilmu berbanding aku. jadi kiranya aku taqlid dalam hal ini, apa yg dikata baik, maka itu yang aku terima. tapi aku dapati pemikiran begini bakal menjerumuskan aku ke lembah beku. minda yang beku dan tak mampu membuat keputusan sendiri. sekurang-kurangnya kita patut tahu dan lebih utama lagi, kita patut ambil tahu. lalu aku mengambil langkah mencari dan memahami; apa itu FTA. di bawah ini adalah hasilnya berserta sumber rujukan. masih terdapat lompang yang perlu diperbaiki dan aku hanya menulis dari sudut pemahaman bhw aku tidak menyokong FTA. kiranya sedikit berat sebelah dalam menyatakan kesan negatif dan positifnya. walaubagaimanapun, nasihatku supaya setiap kita menggali maklumat sebelum membuat apa-apa pendirian. lawatlah Malaysia think tank London utk overview yang berlainan.http://www.malaysiathinktank.org.uk/index.php
FREE TRADE AGREEMENT

Apa itu FTA ?

FTA adalah singkatan kepada ‘ free trede agreement’ atau perjanjian perdagangan bebas yang merujuk kepada perjanjian antara negara-negara yang terlibat untuk perdagangan yang bebas dari tariff atau kuota import. Kawasan perdagangan bebas pula adalah kawasan dimana kekangan terhadap perdagangan tanpa batasan telah dikurangkan ke tahap minimum.Walaubagaimanapun dalam FTA ini akan selalunya berlaku pemansuhkan polisi dan peraturan seperti subsidi dan tax yang melindungi industri domestik sesebuah Negara.

Apakah tujuan diwujudkan FTA ?

Tujuan asal diperkenalkan FTA adalah untuk mengurangkan halangan supaya perdagangan bebas berlaku secara mudah hasil daripada pengkhususan skil oleh pekerja mengikut (teori dan praktikal ) kepakaran secara perbandingan. Berdasarkan teori ini, dalam sesebuah pasaran yang equilibrium, sesuatu pengeluar akan mengkhusus kepada bidang yang lebih mereka kuasai secara perbandingannya dari pengeluar lain. Teori ini mencadangkan bahawa akan berlaku peningkatan dalam pendapatan dan kekayaan bagi penduduk di kawasan perdagangan bebas juga pengumpulan kekayaan tetapi tidak pula menjelaskan tentang pengagihan kekayaan tersebut di kalangan penduduk.

Apakah sejarah FTA ?
Pada 1 Januari 1994, 3 negara di benua Amerika Utara iaitu Kanada, Amerika Syarikat (AS) dan Mexico telah menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA). Perjanjian ini telah diperluaskan ke beberapa negara termasuk China, India dan kini giliran Malaysia.
Inti perjanjian NAFTA ialah penghapusan cukai terhadap barang-barang AS ke Mexico dan juga penghapusan tarif secara berperingkat oleh Mexico selama 14 tahun. Tapi kini (2007 ) majoriti rakyat Mexico berasa kesal kerana ia akhirnya memihak kepada negara maju iaitu Amerika Syarikat dan Kanada.
Perjanjian FTA AS-Australia pula telah merugikan negara Australia. Menurut kajian oleh Institut Penyelidikan Ekonomi dan Industri Kebangsaan bagi Pekerja-Pekerja Pembuatan Australia, ia merugikan ekonomi Australia hampir A$50 bilion dan kehilangan seramai 20,000 pekerjaan.
Apakah perkembangan semasa Malaysia-AS FTA ?
Rundingan perjanjian FTA Malaysia- AS bertitik tolak daripada Perjanjian Rangka Kerja Perdagangan dan Pelaburan (TIFA) Malaysia-AS yang ditandatangani pada Mei 2004.
Objektif TIFA ialah untuk mengukuhkan lagi hubungan ekonomi, terutamanya perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dengan AS menerusi penghapusan halangan dagangan dan bukan-dagangan di antara kedua-dua buah negara.
Mulai Jun 2006 , wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) Susan Schwab berunding dengan kerajaan Malaysia berhubung Perjanjian Perdagangan Bebas ( FTA). Malaysia merupakan rakan dagang AS yang ke-10 terbesar, dengan AS$44 bilion dalam perdagangan dua hala pada 2005. Para penganalisis dagangan Malaysia meramalkan eksport AS ke Malaysia akan berganda dengan cukai, tarif , subsidi dan sebagainya dapat diselaraskan.
Presiden Bush mahu rundingan terhasil sebelum 1 Julai 2007 iaitu sebelum tempoh presiden tamat. Rundingan pusingan ke-5 telah berlangsung di kota kinabalu akhir bulan lepas. Timbalan USTR ialah Karan Bhatia . Malaysia diwakili oleh Datuk Seri Rafidah Aziz selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
pada 1 Januari 2007 ahli kongres kanan Amerika Syarikat ,Tom Lantos yang mewakili California mendesak rundingan FTA dengan Malaysia digantung.Tom Lantos berang dengan perjanjian gas antara syarikat swasta Malaysia dengan Iran yang bernilai AS$16 bilion (AS$1=RM3.50) .Sedangkan perjanjian itu bukan kerajaan Malaysia tapi sebuah syarikat swasta Malaysia, SKS Ventures dengan syarikat milik negara National Iranian Oil Co. Kerajaan Malaysia tidak terlibat .
Ironinya ialah California yang diwakili Tom Lantos merupakan pengeksport terbesar dari AS ke Malaysia, menghantar kira-kira AS$2 bilion nilai barangan setahun Malaysia.
Intisari perjanjian dua hala FTA Malaysia-AS ialah masing-masing tidak mengenakan sebarang halangan dagangan ke atas aliran barang, perkhidmatan dan pelaburan di antara kedua-dua negara Bagaimanapun, Malaysia dan AS mengekalkan rejim tarif masing- masing ke atas aliran barang, perkhidmatan, dan pelaburan daripada negara ketiga.
Persoalan-persoalan yang timbul jika Malaysia ingin memeterai perjanjian dengan AS.

Perbezaan dari segi prinsip-prinsip nilai budaya dalam Konstitusi Perlembagaan AS dan Malaysia. Contohnya, mengikut Konstitusi Perlembagaan Persekutuan, Islam merupakan agama rasmi bagi Malaysia, namun dalam konstitusi perlembagaan Amerika Syarikat pula termaktub bahawa 'kongress tidak akan menggubal sebarang perundangan yang mengiktiraf secara rasmi sebarang jenis agama...' nilai-nilai yang termaktub inilah yang mempengaruhi pengamalan sistem kapitalist sepenuhnya dan juga nilai-nilai sosial Amerika Syarikat .
Berdasarkan ini, mana-mana pihak yang ingin memeterai sebarang perjanjian dengan Malaysia haruslah menghormati dan mengambil kira nilai-nilai ini terlebih dahulu.

Perihal penjagaan harta intelek yang sangat berbeza antara AS dan Malaysia. Di dalam Artikel 1 Seksyen 8 konstitusi perlembagaan Amerika Syarikat termaktub mengenai harta intelek di mana kongress di beri kuasa 'Untuk menggalakan pembangunan dalam sains dan kesenian yang berguna, dan memberikan penjaminan hak eksklusif kepada para pengkarya dan pencipta dalam masa yang terhad, kepada penulisan dan juga penemuan mereka. Sedangkan bagi Malaysia, Laporan daripada Kesatuan Harta Intelek Antarabangsa ( IIPA ) iaitu gabungan kesatuan-kesatuan dan perbadanan industri harta intelek Amerika Syarikat melaporkan bahawa negara Malaysia merupakan pengeksport nombor satu bagi cakera optik permainan video cetak rompak di dunia. Sekiranya perjanjian FTA antara Malaysia dan Amerika Syarikat mempunyai syarat-syarat sama seperti perjanjian NAFTA, yang memberikan hak kepada pihak individu ataupun syarikat korporat untuk menyaman kerajaaan, sediakah Malaysia menghadapi saman oleh syarikat-syarikat seperti studio-studio perfileman dari Hollywood, syarikat-syarikat industri rakaman Amerika Syarikat, ataupun juga saman oleh sebuah syarikat gergasi seperti Microsoft? Mampukah kerajaan membayar pampasan ganti-rugi yang mungkin di pinta?
Risiko FTA Malaysia-AS kepada Malaysia secara amnya
Perubatan
Harga ubat akan naik melambung tinggi kerana lebih banyak ubat akan dipatenkan oleh syarikat AS yang akan menentukan harga ubat bagi mengaut keuntungan. Ubatan generic akan berkurangan di pasaran disebabkan penguatkuasaan penjagaan harta intelek. Ini akan meningkatkan kos terutama untuk merawat penyakit seperti HIV dan menyukarkan pesakit terutama golongan miskin untuk mendapat ubatan generik dengan harga yang murah dan berpatutan.
Pertanian
Pada masa ini petani Malaysia diberikan subsidi untuk menghasilkan tanaman dan menjualnya dengan harga berpatutan. Hasil tanaman dari luar negara dikenakan tarif import untuk melindungi petani daripada kerugian. Selepas FTA, petani akan kerugian apabila tarif tanaman luar negara akan dikurangkan. Malaysia akan dibanjiri oleh hasil tanaman AS yang amat murah berbanding dengan harga tanaman Malaysia. Petani Malaysia akan mengalami kerugian tinggi dan tidak dapat bertani lagi. AS menggunakan teknologi tinggi dan memberi subsidi tinggi kepada pertanian mereka. Oleh itu, harga tanaman tempatan tidak boleh bersaing dengan harga tanaman AS yang sangat murah
Perkhidmatan
AS mahukan Malaysia meliberalisasikan perkhidmatannya yang bermakna membuka sektor perkhidmatan kepada persaingan asing. AS menyasarkan syarikat telekomunikasi Malaysia, perkhidmatan kewangan, tenaga, penjagaan kesihatan, perkhidmatan pengedaran, perkhidmatan profesional seperti guaman, akauntan, jurutera dan doktor serta perkhidmatan penyiaran
Harga Barangan
Di bawah FTA dengan AS, sektor perkhidmatan seperti air, elektrik, telekomunikasi, pengangkutan boleh diambil alih oleh syarikat asing dan beroperasi untuk keuntungan mengakibatkan kenaikan harga dalam perkhidmatan. Contohnya, kilang yang mengeluarkan beras perlukan perkhidmatan elektrik untuk memproses, perkhidmatan pengangkutan dan lebuh raya untuk mengedar barangan. Jika kos perkhidmatan naik, maka harga beras pun akan naik.
Hak konsumer
Perjanjian dengan AS memerlukan Malaysia supaya memansuhkan penggunaan label untuk makanan yang telah diubahsuai secara genetik. Hampir 40 negara di seluruh dunia seperti China , Jepun , Australia dan kebanyakan negara eropah, mewajibkan makanan yang diubah secara genetik untuk dilabel dan ini merupakan hak konsumer untuk tujuan kesihatan dan keagamaan yang mesti dipenuhi oleh pengeluar.

FTA anjuran AS sebenarnya membawa kesan positif dan juga kesan negatif kepada negara. Walaubagaimanapun kebijaksanaan dalam menilai beratnya kesan positif dan negatif itu akan menentukan masa depan dan hala tuju Negara seterusnya. Oleh itu wajarlah jika kita menjadikan sejarah lampau Negara dan Negara-negara lain yang telah pun menandatangani perjanjian ini sebagai iktibar dan panduan sebelum apa-apa persetujuan dicapai.
SUMBER RUJUKAN

No comments: