kehidupan...

-ah, rupanya sweater ni mengecut lepas masuk dryer-tagline utk hari ini

exam final utk thn pertama di dublin dah berakhir, tp perjuangan masih belum berakhir. result utk viva pass fail akan keluar dlm masa 2 hari ni, dan juga kemungkinan utk ambil supplement exam masih ada jika fail dlm exam ni- minta di jauhkan Allah.

rupanya nak jadi doktor bukan mudah. sekurang-kurangnya, jalan untukku bukanlah jalan tar spt lebuh raya KL, lurus. terasa susahnya exam. terasa beratnya bebanan utk score dlm exam. mungkin ramai yg dah jadi doktor, dan ramai yg lebih senior dariku sendiri. tp utkku, jalan ini tidak mudah. kerana aku bukan sekadar ingin menjadi doktor. kerana hidupku bknnya sekadar mengejar nama doktor. krn menjadi doktor pd pentafsiranku juga bkn spt itu. tp tentunya keperitan dlm mencapai apa2 juga cita2 di rasa oleh semua, tiada yg terkecuali.

dlm jangka masa dua minggu exam ni, aku dah tengok dua cerita- 'grave of the fireflies' dan 'one litre of tears'. dua2 kisah sedih. dan utk kedua2 nya, aku mengalirkan air mata. entahlah. bukanlah persoalan lakonan aktor dan aktres yg mantap, bukan juga persoalan jln cerita yg menyentuh hati, tapi lebih kpd persoalan kehidupan. kehidupan org lain yg secondary kpd kesedaran kita trhadap kehidupan kita sendiri. kadang2 dlm perjalanan kehidupan seharian, kita tak pernah melintas/ come across kehidupan yg spt dlm cerita2 tersebut. sedangkan pd hakikatnya, mereka wujud. kerana cerita2 tersebut adalah adaptasi pd sejarah manusia. bila kita tidak melintas, jarang pula utk kita melihat, menyedari, memahami, dan mengambil berat ttg mereka. mmg betul, kehidupan kita sepatutnya lebih dr sekadar usaha kita utk mencapai cita2 / matlamat kita yg byk itu.

kadang2 kita terlalu tamak, terlalu mementingkan diri sendiri. semua kehendak kita mesti dipenuhi, semua impian kita mesti menjadi kenyataan. kita mimpikan semua yg indah, yg baik, yg bagus dan yg berharga itu menjadi milik kita. tingginya angan2 , tingginya harapan utk hari depan. kita lupa. ada yg tidak mempunyai hari esok, ada yg setiap berlalunya hari, maka berlalunya satu kemampuan. ada yg merasai peritnya menanti hari depan yg pastinya cuma menjanjikan satu kehilangan...

kasihan, bg mereka yg menjadi mangsa perang, yg kehilangan ibu ayah tempat bergantung. krn hidup tak senang tanpa kasih sayang mereka, krn hati manusia yg lainnya sgt senang berubah.
simpati bagi mereka yg mempunyai penyakit yg tidak ada penawarnya lagi. krn pengetahuan itu perit ditelan, penantian itu sukar dihadapi. menjalani setiap hari dgn kesedaran dan kefahaman ttg penyakit sendiri sgt berat, terutama bg seorang yg usianya cuma belasan tahun.

kerana itu, menjadi doktor bukan sekadar mempunyai stetoskop. bukan sekadar memberi preskripsi ubat pd pesakit...

-menanti subuh-

No comments: