FUNDERLAND ~ EXTREME N THRILL yg menggamit kenangan (walau dikutuk oleh rumet yg kata tu adlh level funfair jer!!)



FUNDERLAND- saya bersama rumet telah pegi ke RDS satu tgh hari (mengikut prancangannya pagi). oleh kerana kami telah tersalah menunggu bas di opposite direction, maka kami tlh terlepas satu bas n terpaksa menunggu lebih kurang satu jam sblum bas yg seterusnya tiba. bukannya perkara yg mudah kerana di musim winter ni, terpaksa berkejar-kejaran utk menepati waktu solat dan juga utk menjaga wudhu'. saya pun hairan, macam mana boleh terikut ke funderland ni, tak terfikir oleh akal tapi terlaksana oleh anggota. mungkin sebab rumet atau ada agenda yg lebih besar ??? oh, tu patutnya disimpan utk diri sendiri.


barangkali saya mmg jenis org yg agak kolot n ketingalan zaman, melihat funfair begini pun sudah terasa thrill nya, apatah lagi kalau ke theme park. sebelum2 ini, mengikut sejarah hidup saya, tak pernah ke funfair melainkan dgn family dan itupun agak jarang bermain utk beri ruang pd adik2 lain yg masih kecil. oh, pernah juga sekali ke Genting Theme Park, tapi itu utk mempraktikkan teknik 'memerhatikan manusia' dlm satu kem penulisan. dan memang saya cuma memerhatikan manusia. lalu sudahnya, saya mmg ketandusan pengalaman2 begini. thrill bg saya mungkin hanya dgn mengayuh basikal selaju mungkin di lorong kg saya atau mungkin melalui anatomy spot exam.


tapi yg kali ini, thrillnya berbeza...


dlm perjalanan , saya kerap terfikir, betul ke apa yg sedang saya buat. tak tahu neraca mana yg patut di guna utk membuat pertimbangan. saya try utk fikir pro dan kontra pergi ke funderland, cuba menganalisis (mmg jenis tembikai...) dan sudahnya; saya dapati utk mengakrabkan diri dgn rumet adalah lebih utama demi mencapai satu tujuan yg lebih besar. lagipun, Islam tak pernah menghalang hiburan yg berpada-pada. mudah-mudahan ini menjadi satu ibadahku, sesuai dgn janjiku padaMu setiap hari...


Inna solati, wa nusuqi, wa mahyaya wa mamati, liLLAHI RABBIL A'LAMIN...


hmm... di funderland tu mmglah byk game2 nya. tak perlulah diceritakan di sini...lagipun saya tak berapa pasti ttg namanya. cuma mungkin, jika anda berpeluang uk ke funderland di ireland ni, saya cadangkan utk cuba 'wild mouse'. tu yg paling best bg saya, walau dikutuk oleh rumet yg mengatakan itu cuma level fun, tak sampai thrill. haha. mungkin betul, tapi saya suka so tak kisah sgt...


dlm waktu2 itu, saya teringatkan umi dan abah... rasa nostalgik. tak tau kenapa, saya terasa bhw mereka sebenarnya dah berjaya utk menonjolkan konsep sebenar islam, bukannya islam yg bercampur adat melayu. sewaktu saya membesar di rumah,( boleh dikatakan hampir 18 tahun, sebab kami adik beradik tak pernah dihantar ke sekolah berasrama), umi tak pernah membelikan kami yg perempuan2 ini jeans. dan kami mmg jarang benar utk keluar ke bandar berT-shirt n seluar. tapi lepas saya keluar IB dan hampir fly, umi bawa saya keluar shopping utk pakaian...


memang saya agak terkejut, sebab umi belikan jeans. walaupun agak payah utk cari yg 'baggy' atau yg besar sikit, tapi kami berjaya. lalu umi explain(lebih kurang beginilah kot, sbb saya da lupa the exact ayat) "tuntutan pakaian dlm islam yg utama adalah menutupi aurat, dan tak menarik perhatian, dalam waktu2 winter, eloklah pakai ni utk jaga dr sejuk". hmm... betul jugak. dulu saya mmg anti-jeans utk perempuan. tak terfikir diri sendiri satu hari akan pakai juga. tapi Alhamdulillah, itu satu pengajaran yg berharga utk saya, memahami islam dgn konteks yg lebih luas, beramal dgn islam sebaik yg termampu , bukan shj utk diri sendiri tapi juga utk masyarakat sekelililng . (kini masyarakat irish=p)- bukanlah nak menjustifikasikan pemakaian jeans bg wanita tp berpakaianlah mengikut tuntutan syara' dan kesesuaian diri utk waktu tersebut.


dan teringat juga dekat abah. hmm.. abah ni mmg tak byk cakap. jarang benar nak diambil tahunya pasal pakaian kite. kekadang dia terlupa anak2 sendiri ni dah darjah berapa? dulu masa saya darjah dua, dapat no. 2 dlm periksa akhir tahun dan kene rotan 2 kali. hehe. masa tu mmg tak puas hati, tapi Alhamdulillah, lepas tu dah tak kena rotan lagi (walau kekadang dpt no yg agak bnyak jugak). abah pernah satu kali tu, pesan ttg pakaian. katanya kalau saya keluar, mesti pakai baju yg labuh menutupi peha. tu pesan abah be4 fly dan insya Allah akan saya patuhi selagi hayat di kandung badan...


entah macam mana boleh teringat semua ni kat funderland. rasa bahagia n gembira juga. tu yg menyebabkan funderland pun jadi thrill agaknya. terima kasih umi n abah... terima kasih yg tak terhingga...


'and we have enjoined on man ( to be dutiful n good) to his parents. his mother bore him in weakness n hardship, and his weaning is in 2 years - give thanks to Me and to your parents. to Me is the final destination' 31:14

No comments: