Saddam- matinya di tali gantung boneka seteru Islam

bismillah,

dah 2 hari selepas kematian saddam. hari ni hari ke-3 eid Adha. mungkin di ireland, sambutan eidul Adha tak sehebat di kampung halaman, menyebabkan saya punya lebih byk masa utk berfikir. dan isu yg tak dpt saya lupakan lewat waktu2 ini adalah ttg saddam dan somalia. rasanya ini isu yg agak hangat bg dunia islam buat masa2 ini di samping isu2 pembunuhan2 kejam di seluruh tanah air muslim yg tak berkesudahan. dalam pada saya mengeji perbuatan2 saddam di zaman diktatornya( mengikut perspektif musuh islam, us) tapi masih terdetik di hati saya ttg silapnya dia adalah krn pernah dulu menjadi boneka us sendiri. rasanya bencinya saya pada dia tak sampai ke tahap utk saya gembira atas kematiannya. malah saya sedikit terkesan dgn lafaz2 akhirnya sblm di gantung. matinya saddam tidak membawa satu pembaikan yg besar pd muslim malah itu lebih lagi menggambarkan kepincangan kesatuan kita. mana tidaknya, dia dihukum oleh mereka yg membawanya naik ketika dahulu dan menjatuhkannya kemudiannya. adakah kita muslim terlalu buta hati utk menilai dan mentafsir ?

di bawa ni sebahagian dr artikel ust. Hasrizal yg saya petik;

BERAKHIRNYA SEORANG SADDAM
Saddam bakal digantung dua jam lagi!
Sukar untuk saya mengulas. Siapa tidak tahu dosa Saddam. Siapa tidak letih membilang mangsa kejahatan tangannya.
Tetapi Iraq lebih derita selepas Saddam jatuh. Saddam naik kerana Amerika, Saddam dijatuhkan oleh tangan yang menaikkannya. Untuk Saddam dihukum, dia patut dihukum. Seperti majoriti pemimpin di era Mulkun Jabriyyah ini. Namun untuk Saddam dihukum oleh Amerika Syarikat, Britain dan sekutunya, jiwa saya panas.
Jika Saddam digantung kerana membunuh ratusan atau ribuan nyawa yang tidak bersalah di mata demokrasi George Bush dan Tony Blair, maka George Bush dan Tony Blair juga lebih mesti digantung kerana menjadi punca ribuan, puluhan ribu atau mungkin ratusan ribu mangsa polisi kedua-dua penjenayah kemanusiaan ini. Saya yakin Saddam akan mati dengan penuh wibawa.
Saya berharap, semua pejuang Islam dapat belajar bersungguh-sungguh dari peristiwa Iraq ini. Mereka yang berfahaman inqilabi tanpa mengenal tadarruj akan lebih rasional dalam mengemukakan teori perolehan kuasa masing-masing. Kaedah Thalab al-Nusrah yang dicadangkan oleh Hizb al-Tahrir harus realistik terhadap realiti manusia. Bukan mudah mengurus dan memimpin manusia, khususnya yang keras seperti bangsa Iraq.
Bagi mereka yang lebih selesa menyokong polisi Arab Saudi yang pro Amerika, tetapi dalam masa yang sama melontar idea-idea siasah picisan kepada gerakan Islam yang sama berjuang di medan amal Islami, segeralah sedar kepada apa sebenarnya lagu politik dunia hari ini. Lagu pukau ini tidak mudah dihentikan dengan idea-idea pengurusan manusia yang retorik lagi permukaan.
Penggantungan Saddam juga memaksa saya untuk teringat kepada konspirasi jahat antara kerajaan Safavid dan Portugis. Hampir mustahil untuk saya tidak mengaitkan semua penjajahan di sepanjang sejarah Islam, melainkan adanya tangan Syiah yang khianat. Ketika perasaan saya berkecamuk terhadap Amerika Syarikat dan Britain, saya membenci peri laku Syiah di Iraq dan sekutu mereka di mana-mana.
Apakah kematian Saddam bakal disambut sebagai kemenangan oleh puak Syiah? Untuk Saddam menjadi pejuang Sunni, saya serahkan ia kepada Allah. Namun kegembiraan puak Syiah di atas kematian beliau, saya hampir pasti.

No comments: