krisis intelek dan sikap

krisis intelek dan sikap ; satu pertembungan yg sering berlaku tapi kurang benar diambil perhatian. inteleknya seseorang tapi dgn sikap yg negatif, keintelektualan itu terkabur, malah bawa kesan yg negatif pd orang lain juga.

selepas prog PUISI 06, saya seakan baru tersedar, masalah utama umat islam ketika ini adalah krn sikap. ekonomi, politik dan sosial merundum kerana sikap masyarakat. pengislahan yg sepatutnya menjadi teras pembangunan ummah juga wajarnya dimulakan dgn pembaikan sikap. sebagaimana yg Ust. Hasrizal sebut dlm ceramahnya ; 'presented problem' adalah berbeza dgn 'real problem'. dan saya simpulkan, segala macam gejala buruk yg kelihatan adalah lebih terjurus kpd 'presented problems' dan bukannya 'real problems'. yg mana, jikapun masalah2 ini diselesaikan, kesannya tak akan bertahan lama.

berbalik kpd soal krisis intelek dan sikap; persoalan ni timbul apabila ada antara rakan2 saya (yg mana hampir semuanya dlm kategori intelek krn berjaya buat course 'medic' oversea) merungut dan menyatakan kekesalan menyertai sesetengah program yg bersifat ilmiah atau lebih tepat disebut sbg 'keagamaan' dari persepsi mereka. ada yg kata bhw; 'pengisian terlalu berat' , 'layanan seolah2 kami ni sekolah menengah' dan macam2 lagi. saya ada juga terfikir, mungkin pengisian yg berat merupakan satu kesilapan bg pihak penganjur jika target grup mrk dan fokus mrk dlm program ni adalah dakwah.

tapi, dari sudut lain pula, kawan2 yg saya kenali ini bukanlah dari golongan mrk yg tak tahu. mrk tahu dan faham ttg tajuk ceramah yg diberikan. mereka faham ttg dunia islam dan masih boleh mempersoalkan kenapa umat islam boleh berpecah belah, mereka juga tahu ttg hukum hakam islam, mereka faham ttg kepentingan pembentukan khilafah islam dan banyak lagi yg tak tertulis di sini. mareka tahu tapi tak mahu.

mereka ini golongan intelek tapi sikapnya tak membolehkan keintelektualan itu dimanfaatkan. ada perbincangan yg tercetus rentetan peristiwa2 ini, tapi perbincangan tanpa satu kesimpulan dan resolusi tak membolehkan apa2 tindakan diambil. dalamnya permasalahan ini berpunca dari persoalan dasar; tujuan hidup, sistem nilai dan sikap. bagaimana mahu memulakan langkah ? di mana harus kita bermula ?

No comments: