KENANGAN - sempena tarikh kelahiran Rasul Mulia s.a.w

bismillah,

hari ni 12 rabi'ul-awwal. tapi kat kalendar sebelah ni dah 13 rabi'ul-awwal. ini maulid Rasul s.a.w yg pertama aku lalui di dublin. rasa sunyi, juga kekosongan, bila tak ada aktiviti-aktiviti yg dah terbiasa utk dibuat pada hari2 agung begini. sekarang tiba-tiba ter'refleks' zaman dulu2 masa darjah dua, tiga dan empat. sambutan maulid memang gilang gemilang, ada perarakan sambil berselawat ramai-ramai. kami berbaju kurung, berbaju melayu bermacam rona, memang meriah. walau tak faham, tapi gembira dan menantikan maulid supaya datang cepat tahun depan. masa tu boleh makan pulut kuning, gulai daging kawah dan dapat telur rebus free. mana tak best...walau tak pernah terfikir utk faham, tapi kami tetap hargai. tapi bila dah besar ni, faham pun tidak, menantikan pun idak. isk... apa nak jadik bebudak sekarang ni...dulu waktu belajar sekolah agama, masuk kolej, zaman2 internet, org asyik bincang, boleh ke buat maulid Nabi s.a.w ni, bida'ah tak ?. itu dan ini...terlalu asyik berbincang dan berfikir, sehingga lupa terus tujuan utama sambutan di buat. aku ini org awam, ilmuku memang cetek.kalau nak disuruh keluarkan ayat atau hadis utk jadi hujah, aku memang fail. memang aku sekolah agama, tapi pengEtahuan ku tak cukup tinggi utk keluarkan hukum bagi keadaan2 begini. cukuplah aku berpegang dgn imam2 ahli sunnah wal -jamaa'h, bersumberkan Quran dan sunnah. yang lain tu, aku cuba usahakan utk mencari, tapi tetap terkekang dgn tanggungjawab yg lain. ahh, lupa pula, CERITA KAMPUNG..bila balik kampung, kalau berbetulan dgn maulid, maka aku tengok, nenekkulah org yang paling sibuk, paling bersemangat nak buat sambutan. sekolahnya cuma takat darjah satu. ilmu agamanya berguru di masjid. alangkah jiwanya itu telah tertanam setinggi hormat dan cinta pada Rasul, berbanding dgnku yg muda dan katanya bersekolah tinggi ini, malu... majlis selawat, makan2, dan solat hajat.. tiadalah salah di pandangan mataku. inilah setakat yg nenek aku rasakan mampu dia korbankan utk cintanya pada Rasul s.a.w yg Agung, dia takada ilmu tinggi melangit. juga tak ada pendedahan ilmu hadith, ilmu feqah dan sebagainya. aku sama sekali tak layak utk berkata apa2. kerana Iman dan perasaan hubb itu di dalam hati. Allah shj yg MAha Mengetahuinya. dan aku masih ingat lagi, leteran dan bebelan nenek yg panjang2 tu.. haha, kalau saja air teh atau sambal lada kekeringan di hamparan saprah tetamu. gamat dan bising. ceria dan gembira. kasih dan ukhwah. masyarakat dan kemesraan. semua itu wujud, terzahir hari itu. tak ada celanya pada mataku. hmm.. mungkin, kalau mungkin aku katakan; cumalah makcik2 ni tak berapa sempurna tutup auratnya. tapi nak salahkn sapa, mereka tidak faham. dan salah kita juga yg tak memahamkan mereka.
itu kisah di kampung ku. mungkin mereka tak faham, mungkin ada yg datang krn niat lain. tapi bagiku sekurang-kurangnya dgn ilmu yg ada, mereka sedar kedatangan maulid ini. mereka tahu betapa perlunya kita mengingati Rasul s.a.w. mereka tahu, pentingnya Rasul kpd kita. walau mungkin tak sedalam mana.
tapi bagi kisahku di sini, cukuplah aku katakan; hari ini yang terasa sunyi dan kosong ,membawaku menilai diriku sendiri. sedalam mana cintaku pada Kekasih Allah ini, sedangkan dgn ilmu secebis yg berbekal ini, jika tak aku amalkan sunnah dan ikuti panduannya, berdosalah aku. bagaimana nak dijawab di hAri Perhitungan kelak ? bagaimana nak berdepan dgn Rasul s.aw. yg MULIA ? dptkah aku peluang tersebut ??? Allah, terlalu berat rasa di dada ini..
selawat dan salam atas junjungan besar kita Muhammad Pesuruh Allah, Rasul Terakhir, membawa rahmat sekalian a'lam.
Allah lebih Mengetahui dan Maha Luas PengetahuanNya.

p/s: ini adalah cerita seorang 'aku'.ada kaitan dgn yang hidup dan yg tlh meninggal dunia, al-Fatihah.. seorang 'ana' tu belum dijumpai lagi...'saya' insya Allah masih di sini, 'kawe' cuma menunggu masa, hehe.

KUIZ SEERAH NABI S.A.W ~ challenge urself


Kuiz Sirah Nabi ini terbuka kepada semua warga Islam Dublin khususnya golongan pelajar. Walaubagaimanapun sesiapa yang berminat boleh masuk. Melainkan AJK yang terlibat. Penggubal soalan diHARAMkan sama sekali.

Caranya, mudah!Hanya jawab 2 soalan setiap hari bermula 2 hingga 6 April. Soalan boleh didapati dalam laman web ini (www.ppimi.org).

Hantarkan jawapan anda kepada (irfanziad@yahoo.com)
secara beransur-ansur atau pun sekaligus 10 jawapan, sebelum tarikh tutup 9 April 2007.

Ingat, jawapan tak perlu panjang berjela-jela. Yang penting ringkas dan padat.

Isnin, 2 April: Soalan 1 n 2

Selasa, 3April: Soalan 3n 4

Rabu 4 April : Soalan 5 n 6

Khamis,5 April: Soalan 7 n 8

Jumaat, 6 April: Soalan 9 n 10

Ahad, 8 April: semua soalan dikeluarkan

Isnin, 9 April: TARIKH TUTUP

PEMENANG: 2 pemenang sahaja. yg tepat dan terawalHadiah akan diberikan pada CCMB nanti, 14 April.

anak-anak...bakal mujahid, bakal mujaddid agama...

kanak-kanak ini memang comel, mudah-mudahan inilah wajah pemuda pemudi muslim di hari depan, lakarkan bagi kita sebuah sejarah yang unggul ,ameen...

sambungan DR2 CONG (PART2)



Antara isi-isi yang dibincangkan adalah spt berikut;


Sedikit diceritakan tentang ISK, graf jatuh bangun islam. Tentang bagaimana di setiap zaman, muslim harus berperanan mengikut keadaan. Cthnya pada zaman skrg, kita tak boleh memfokuskan utk jadi spt ibnu sina, itu bukan keutamaannya. Sebaliknya kita harus menggerakkan gerakan islam sptmana pada zaman Rasulullah s.a.w. kerana pada waktu ini islam di tahap bawah, sama spt zaman di mekah dahulu. Jadi kita mesti berperanan spt yang sepatutnya mengikut zaman.

Ustaz mengambil contoh bagaimana Rasulullah membina hardcore utk gerakan islam iaitu seramai 300 org di makkah. Hardcore inilah yang menyebarkan islam dan menjadi contoh bagi dilihat oleh masyarakat. Begitu juga dgn kita skrg, harus membina hardcore utk gerakan islam dan menjadi contoh bagi islam itu sendiri.

Ustaz masuk kpd tajuk syahadatul-haq. Ini kiranya tajuk paling penting bg peserta sebab boleh dikatakan semua org tersentak bila tahu bhw dengan syahadah itu dtgnya tuntutan menyampaikan kpd org lain. tidak sempurnalah syahadah ini jika tidak melaksanakan tuntutan menyampaikan ilmu ini kpd org lain supaya mrk juga mengucapkan dan menghayati syahadah ini.

Penerangan ttg syahadah ni dikupas berdasarkan buku syahadatul-haq dr AbulA’la al-Maududi. Kami pd awal-awalnya diberi buku ini dan ada satu sesi membaca lebih kurang sejam sebelum mendengar pengisian. Basically, impak sayahdatul- haq ni mmg besar , sebab ini merupakan perkara baru dan semua org tiba-tiba bersemangat utk menyampaikan dan menjadi sebahagian dr hardcore spt yg ustaz sebutkan.

Kemudian masuk kpd topic 5 maqasid as-syaria’h yg perlu dijaga oleh seorang muslim. Di sini kami diajar ttg priority dlm kehidupan. Deen berada di tangga yg teratas, jadi jika kita menjaga deen segala maqasid as-syariah yg dibawahnya akan terjaga.
1.Deen
2.Diri
3.Akal
4.Keturunan/nasab
5.Harta/ mal

Ustaz ada cerita sedikit ttg kepentingan usrah. Matlamat sebenar usrah adalah untuk memahamkan ttg tuntutan syahadatul-haq dan usaha usrah sekarang patutnya memfokus pada pembinaan daulah.

Kami diberikan satu artikel ttg kisah ghulam , sihir dan rahib. Inilah part yg paling best bg kami mungkin. Sebab kisah ini dikupas selari dgn kehidupan pelajar. Bagaimana kita seharusnya menganggap diri kita sbg ghulam yg menuntut ilmu sihir / medic/ engineering. Dengan ilmu2 sihir inilah ghulam mencari kebenaran dan menyebarkannya kpd org ramai. Begitu jugalah dgn kita semua. Dari kisah ghulam ini didapati dia menggunakan strategi dlm berdakwah di mana dia telah membina pengaruhnya terlebih dahulu tanpa menyebut apa2 berkaitan ilmu rahib. Sehnggalah suatu masa, seorang pembesar ingin berubat dgnnya krn namanya yg tersohor. Barulah si ghulam mengambil kesempatan utk menyebarkan kebenaran.

Dari kehidupan ghulam ini kita dapati kehidupan persis roda di mana sejarah sering berulang.

Sedikit disentuh ttg jemaah. Kewujudan jamaatul muslimin dan jamaatul min muslimin. Kalau jamaatul muslimin, maka sesiapa yg brd diluarnya adalah kafir. Tapi kalau jamaatul min muslimin, maka tak mengapa sebab ia merupakan satu dr banyak jamaah islam. Jemaah yg bnyk wujud ini adalah utk mencapai jamaatul muslimin. Penerangan ttg ini adalah berdasarkan penerangan Abul a’la al-Maududi ttg jemaah dan jalan yg telah mereka pilih.


Nota:

Ustaz byk guna pendekatan memberi analogi supaya mudah faham konsep2 yg diterangkan.

Ada satu slot pd waktu petang utk jalan2 dan kami mmg sgt suka slot ini.


Basically program ni bentuknya sgt santai dan relaks sebab ustaz akan bagi break yg agak kerap juga.

program ni juga dibuat di luar Dublin supaya senior boleh travel bersama junior, makan bersama dan tidur bersama. Memang berkesan utk mengeratkan ukhwah ni =)

D MONEY MASTERZ


basically, ini merupakan isu paling berat yg pernah saya fikirkan. isu sistem kewangan dunia, isu konspirasi yang sesungguhnya maha mengejutkan bagi seseorang yg mindanya baru berusia setahun jagung. dokumentari ini sangat baik utk mendedahkan kpd kita ttg kuasa sebenar dunia yg sebenarnya bukanlah terletak kpd kuasa ketenteraan sebaliknya terletak bagi mereka yg menguasai sistem kewangan dunia. percaya atau tidak, kerajaan bg sesebuah negara cumalah memegang 20% bagi share dalam bank2 pusat di negara masing2. cth BANK OF ENGLAND di britain, bukanlah milik kerajaan (rakyat)sebaliknya 80% adalah milik swasta/ private.siapakah mereka? bagaimanakah mrk mampu menguasai badan yg bertanggung jawab ini? apakah pula status BANK NEGARA di Malaysia? jawapannya ada di dalam dokumentari ini.
cuma barangkali inilah masanya utk kita berfikir lebih rasional; ingin berjihad, ingin menguasai dunia, ingin membina daulah, ilmu beginilah juga yg mesti kita kuasai. saya ada terfikir ttg TESCO, bagaimana naiknya sehingga boleh menjadi begitu gah? juga dgn jenama2 lain. dah tiba masanya utk umat islam berbuat sesuatu, jika cita2 betul ingin membuka kota Rom.

Allahu a'lam

LAMAN HIKMAH DAN TARBIYAH

bismillah,

exam utk term hillary dah pun habis kelmarin, tapi perasaan tergugat jugak utk term yang seterusnya ni, utk final semester exam yg jangka masa belajarnya cumalah sebulan dua minggu shj.

bila ada terbaca berita ttg seorang pelajar maahad mndapat 17 A 1, teringat pula zaman sekolah menengah dulu. zaman saya juga sebagai seorang maahadian, zaman saya berada di sekolah yg saya klasifikasikan sebagai laman hikmah dan tarbiyah. memang maahad merupakan laman hikmah, melahirkan cerdik pandai agama dan sains. kalau tidak, takkanlah ada yang dapat 17 A1 pula. tapi saya sangat suka suasana pembelajaran di maahad, sangat tenang. memang tenang dan seperti sgt terpelihara. petang-petang saya selalunya akan duduk di pondok-pondok bawah pohon celagi ( org luar kata asam jawa)berhadapan padang yang maha luas. kadang-kadang saya membaca, kadang-kadang mengelamun jauh. tapi belajar di satu tempat yang bebas dari kehadiran sahabat yg berlainan jantina ni memang menjaga jiwa dan rohani. kita lebih fokus, jarang sekali utk berfikir ttg perkara yg bukan-bukan di usia remaja. paling kurang pun saya boleh katakan perisai utk menjaga diri itu lebih kukuh. teringat pula air yogurt ust Rashid yang sedap tu, dan nasyid-nasyid yang selalu diputarkan pagi-pagi di maahad terutamanya lagu sutera kasih. dulu cita-cita saya nak jadi DJ radio maahad, tapi sampai ke akhirnya cita-cita tu tak kesampaian. berkubur di tengah jalan. ada perkara yg lebih utama utk dibuat dan difikirkan...

saya klasifikasikan maahad sebagai laman tarbiyah yang sebenarnya membentuk laman hikmah itu sendiri. tarbiyah membawa kpd hikmah atau kebijaksanaan. subhanallah, memang maahad sebuah tempat utk mendidik diri secara langsung dan tak langsung. sama ada kita sedar ataupun tidak. bagi saya sendiri yang muka ini memang jarang benar muncul dalam usrah pada waktu itu (mungkin sekali dua shj. usrah pd waktu tu tak wajib dan gol. spt saya ni cuma diajak sekali dua shj, hmm...tak tahulah knp keadaan begitu), saya bersyukur sebab tarbiyah yg saya dapat sesuai dgn diri sendiri, walaupun agak lain dgn orang lain. pada waktu itu saya tak faham kenapa mesti usrah, tak tau bhw usrah itu penting dan saya anggap usrah itu ekslusif utk pelajar-pelajar BADATI ( badan dakwah dan tarbiyah) shj. memang itulah yang telah diterjemahkan kpd saya yg agak jahil ini. tatapi sekali lagi, tarbiyah yang saya dpt dari sini mmg berlainan. dari peristiwa melihat kpd ekslusifnya perkara-perkara agama dan ketidakfahaman saya terhadap medan dakwah ni, saya berjanji kpd diri saya bhw saya tidak akan meletakkan orang lain dlm situasi yang sama spt yg saya rasakan. dan saya masih berusaha utk ini, insya Allah.

maahad ini laman tarbiyah, bila saya menoleh sekeliling, saya melihat sahabat yang sedang membaca al-Quran dan berbincang ttg Palestin. sesuatu yg saya rasa sgt bersyukur. di mana lagi hendak dicari pemuda pemudi yg sebegini pada usia 17 tahun ? subhanallah, tarbiyah maahad memang lain. saya belajar dari contoh, pendengaran dan penglihatan saya, walaupun saya ini bukanlah BADATI. saya teringat ust Mohd. Nor, yang banyak benar mengajar kami ttg hati dan hubungan dengan Allah. ust pernah ajar bhw kita perlu merasakan dan mengingati Allah setiap detik dalam hidup kita sebagaimana berdegupnya jantung dalam hati kita. ust mengajar ttg erti hidup dari pengalaman hidupnya yg susah. dan saya mendengar, mendengar dengan setia kata-kata nasihat seumpama ini, walaupun mungkin ust dan ustzh sekarang pun dah lupakan saya. yang penting, saya insya Allah tak akan lupakan jasa mereka. saya teringat pada ustzh Sakinah, ustazah yang banyak membantu saya mengenali diri sendiri. dulu saya pernah berjumpanya yg merupakan seorang kaunselor sekolah. berjumpa kerana masalah personaliti diri sendiri, kekeliruan dan mencari kebenaran. nasihat ustazah yang masih terngiang sampai sekarang- as-sukutu salamatun, diam itu selamat. Maha Suci ALLAH !!

saya selalu tergelak, bila teringatkan maahad. memang maahad laman tarbiyah.walaupun tak pernah diajar, kita macam faham-faham sendiri shj banyak perkara. dulu saya tak berani tidur dalam kelas, sebab nanti tak berkat dan tak akan dapat elok dlm exam. bila ada kerja rumah, tetap kene siapkan walaupun dah hampir benar masa cikgu nak masuk kelas, sebab nanti tak berkat. bila keluar kelas nak ke tandas kena pakai bip merah macam org main bola jaring, sebab itu peraturan sekolah. kalau tak ikut nanti berdosa dan belajar jadi tak berkat. banyak benda yang perlu difikirkan bila nak buat salah. hubungan dengan sahabat dan cikgu kena jaga. hubungan dengan Allah juga lagi mesti dijaga. itu tarbiyah secara tak langsung, persekitaran atau bia'h membentuk kita. saya teringat kata-kata umi saya; "umi hantar anak-anak umi semuanya ke sekolah agama sebab umi rasa tak mampu utk bagi dari ilmu umi sendiri". dan sebenarnya dari ilmu umi bhw agama ini asas hiduplah, kami boleh berada di sini. Allahu a'lam.

dan maahad tetap maahad. dan saya juga akan selamanya menjadi maahadian. kerana jejak-jejak pernah saya tapakkan di sana. saya membina diri dan kekuatan di tanah itu. saya mendapat kesedaran dan semangat dari warganya. saya mengenali Pencipta dari rasa bertuhan yang datang dalam hati saban saat hendaknya tidak kira di manapun kaki ini berpijak insya Allah.- dan maahad tetap juga maahad-

gergasi saman semut- secebis pemikiranku (1)

Saya melihat isu NST saman blog ni sbg satu isu yg menarik utk dipertimbangkan. Mmg isu ni bukanlah baru, rasanya dah hampir sebulan lamanya dan mungkin kita sbg rakyat umum ni tak nampak relevannya knp isu ni mesti diambil berat juga. tapi sbg seorang muslim dan rakyat Malaysia sendiri, adalah penting utk kita memahami situasi yg dihadapi skrg dan kesan yg mungkin berlaku impak dari apa-apa juga keputusan mahkamah kelak.

Secara kasarnya isu ini melibatkan dua org bloggers yg sgt tak asing di Malaysia terutama dlm arena kewartawanan siber dan analisis tanah air. Seorg adalah bekas pengarang eksekutif The Malay Mail , Ahirudin attan, sebelum menarik diri dr jawatannya yg dikatakan berpunca dr kehadiran Dato’ Kalimullah Hassan di NST. Bloggers yg kedua adalah jeff ooi yg sememangnya sgt popular dgn analisis yg sgt kritis dan sering pula menjadikan medan politik tanah air sbg perhatian utamanya.

Nota ; blog ahirudin attan – rocky’s bru
Blog jeff ooi – screenshot

Mungkin isu pertama yg sy lihat sbg utama di sini adalah hakikat satu sykt besar NST menyaman dua org blogger yg masing-masing merupakan dua individu. Timbul di sini persoalan sama ada kita sebenarnya mempunyai hak kebebasan bersuara ataupun tak ? jika pihak NST menyaman atas dasar tulisan bloggers ini merupakan fitnah ; maka adakah NST mempunyai hak utk menyaman penulis-penulis tersebut dan penulis2 lain yg menulis pendapat bertentangan dgn ‘interest’nya ?( ketandusan perbendaharaan bhs melayu) dan adakah kita tak boleh menulis dgn sebebas-bebasnya pendapat kita di blog ? antara persoalan2 lain yg masih belum terjawab adalah; adakah bloggers sebenarnya dibatasi oleh undang-undang spt juga wartawan tradisional ? dan adakah wujud undang-undang siber yg perlu kita patuhi dlm menulis blog ?. Mamandangkan isu ni pertama kali terjadi di Malaysia dan tiada kes seumpamanya utk dijadikan rujukan, maka apa-apa jua keputusan mahkamah akan menentukan hala tuju seterusnya penulis2 blog-blog dan penulis2 siber yg lain.

Dan rasanya menarik utk kita juga melihat kpd definisi fitnah yg akan diguna pakai dlm mahkamah kelak, terutama melihat kpd bloggers yg disaman adalah mereka2 yg cuma menyampaikan pendapat masing-masing. Adakah membuat analisis yg tak menyebelahi pihak terbabit dianggap fitnah ? Bukankah sepatutnya minda kita tak dikawal utk berfikir dgn cara yg bagaimanapun ? atau adakah wujud tanggungjawab tertentu yg perlu kita penuhi dlm berfikir sekalipun ? atau adakah tanggungjawab itu cuma tergalas apabila kita menulis ?

Dan utk melihat dr aspek yg berlainan yg saya kira akan menjawab semua persoalan di atas , betulkah penulis2 ni membuat fitnah berdasarkan tulisan2nya ? dan jika betul, wajarkah kita sbg muslim memberi sokongan ?Apakah hak kebebasan bersuara spt yg telah digariskan oleh islam ? dan apakah pendirian kita dalam hal ini sebagai muslim dan rakyat Malaysia ? jika kita juga ingin menilai dari sudut yg lebih mendalam; wajarkah medan undang-undang digunakan sbg medium utk menyelesaikan masalah2 seumpama ini ?

-bersambung...

p/s :suka dgn tajuk gergasi saman semut- banyak yg boleh dikupas.



maafkan ayat saya yg berbelit-belit dan berpusing-pusing, mmg ketandusan lenggok bhs, sigh...