sambungan DR2 CONG (PART2)



Antara isi-isi yang dibincangkan adalah spt berikut;


Sedikit diceritakan tentang ISK, graf jatuh bangun islam. Tentang bagaimana di setiap zaman, muslim harus berperanan mengikut keadaan. Cthnya pada zaman skrg, kita tak boleh memfokuskan utk jadi spt ibnu sina, itu bukan keutamaannya. Sebaliknya kita harus menggerakkan gerakan islam sptmana pada zaman Rasulullah s.a.w. kerana pada waktu ini islam di tahap bawah, sama spt zaman di mekah dahulu. Jadi kita mesti berperanan spt yang sepatutnya mengikut zaman.

Ustaz mengambil contoh bagaimana Rasulullah membina hardcore utk gerakan islam iaitu seramai 300 org di makkah. Hardcore inilah yang menyebarkan islam dan menjadi contoh bagi dilihat oleh masyarakat. Begitu juga dgn kita skrg, harus membina hardcore utk gerakan islam dan menjadi contoh bagi islam itu sendiri.

Ustaz masuk kpd tajuk syahadatul-haq. Ini kiranya tajuk paling penting bg peserta sebab boleh dikatakan semua org tersentak bila tahu bhw dengan syahadah itu dtgnya tuntutan menyampaikan kpd org lain. tidak sempurnalah syahadah ini jika tidak melaksanakan tuntutan menyampaikan ilmu ini kpd org lain supaya mrk juga mengucapkan dan menghayati syahadah ini.

Penerangan ttg syahadah ni dikupas berdasarkan buku syahadatul-haq dr AbulA’la al-Maududi. Kami pd awal-awalnya diberi buku ini dan ada satu sesi membaca lebih kurang sejam sebelum mendengar pengisian. Basically, impak sayahdatul- haq ni mmg besar , sebab ini merupakan perkara baru dan semua org tiba-tiba bersemangat utk menyampaikan dan menjadi sebahagian dr hardcore spt yg ustaz sebutkan.

Kemudian masuk kpd topic 5 maqasid as-syaria’h yg perlu dijaga oleh seorang muslim. Di sini kami diajar ttg priority dlm kehidupan. Deen berada di tangga yg teratas, jadi jika kita menjaga deen segala maqasid as-syariah yg dibawahnya akan terjaga.
1.Deen
2.Diri
3.Akal
4.Keturunan/nasab
5.Harta/ mal

Ustaz ada cerita sedikit ttg kepentingan usrah. Matlamat sebenar usrah adalah untuk memahamkan ttg tuntutan syahadatul-haq dan usaha usrah sekarang patutnya memfokus pada pembinaan daulah.

Kami diberikan satu artikel ttg kisah ghulam , sihir dan rahib. Inilah part yg paling best bg kami mungkin. Sebab kisah ini dikupas selari dgn kehidupan pelajar. Bagaimana kita seharusnya menganggap diri kita sbg ghulam yg menuntut ilmu sihir / medic/ engineering. Dengan ilmu2 sihir inilah ghulam mencari kebenaran dan menyebarkannya kpd org ramai. Begitu jugalah dgn kita semua. Dari kisah ghulam ini didapati dia menggunakan strategi dlm berdakwah di mana dia telah membina pengaruhnya terlebih dahulu tanpa menyebut apa2 berkaitan ilmu rahib. Sehnggalah suatu masa, seorang pembesar ingin berubat dgnnya krn namanya yg tersohor. Barulah si ghulam mengambil kesempatan utk menyebarkan kebenaran.

Dari kehidupan ghulam ini kita dapati kehidupan persis roda di mana sejarah sering berulang.

Sedikit disentuh ttg jemaah. Kewujudan jamaatul muslimin dan jamaatul min muslimin. Kalau jamaatul muslimin, maka sesiapa yg brd diluarnya adalah kafir. Tapi kalau jamaatul min muslimin, maka tak mengapa sebab ia merupakan satu dr banyak jamaah islam. Jemaah yg bnyk wujud ini adalah utk mencapai jamaatul muslimin. Penerangan ttg ini adalah berdasarkan penerangan Abul a’la al-Maududi ttg jemaah dan jalan yg telah mereka pilih.


Nota:

Ustaz byk guna pendekatan memberi analogi supaya mudah faham konsep2 yg diterangkan.

Ada satu slot pd waktu petang utk jalan2 dan kami mmg sgt suka slot ini.


Basically program ni bentuknya sgt santai dan relaks sebab ustaz akan bagi break yg agak kerap juga.

program ni juga dibuat di luar Dublin supaya senior boleh travel bersama junior, makan bersama dan tidur bersama. Memang berkesan utk mengeratkan ukhwah ni =)

No comments: