exam utk term hillary dah pun habis kelmarin, tapi perasaan tergugat jugak utk term yang seterusnya ni, utk final semester exam yg jangka masa belajarnya cumalah sebulan dua minggu shj.
bila ada terbaca berita ttg seorang pelajar maahad mndapat 17 A 1, teringat pula zaman sekolah menengah dulu. zaman saya juga sebagai seorang maahadian, zaman saya berada di sekolah yg saya klasifikasikan sebagai laman hikmah dan tarbiyah. memang maahad merupakan laman hikmah, melahirkan cerdik pandai agama dan sains. kalau tidak, takkanlah ada yang dapat 17 A1 pula. tapi saya sangat suka suasana pembelajaran di maahad, sangat tenang. memang tenang dan seperti sgt terpelihara. petang-petang saya selalunya akan duduk di pondok-pondok bawah pohon celagi ( org luar kata asam jawa)berhadapan padang yang maha luas. kadang-kadang saya membaca, kadang-kadang mengelamun jauh. tapi belajar di satu tempat yang bebas dari kehadiran sahabat yg berlainan jantina ni memang menjaga jiwa dan rohani. kita lebih fokus, jarang sekali utk berfikir ttg perkara yg bukan-bukan di usia remaja. paling kurang pun saya boleh katakan perisai utk menjaga diri itu lebih kukuh. teringat pula air yogurt ust Rashid yang sedap tu, dan nasyid-nasyid yang selalu diputarkan pagi-pagi di maahad terutamanya lagu sutera kasih. dulu cita-cita saya nak jadi DJ radio maahad, tapi sampai ke akhirnya cita-cita tu tak kesampaian. berkubur di tengah jalan. ada perkara yg lebih utama utk dibuat dan difikirkan...
saya klasifikasikan maahad sebagai laman tarbiyah yang sebenarnya membentuk laman hikmah itu sendiri. tarbiyah membawa kpd hikmah atau kebijaksanaan. subhanallah, memang maahad sebuah tempat utk mendidik diri secara langsung dan tak langsung. sama ada kita sedar ataupun tidak. bagi saya sendiri yang muka ini memang jarang benar muncul dalam usrah pada waktu itu (mungkin sekali dua shj. usrah pd waktu tu tak wajib dan gol. spt saya ni
maahad ini laman tarbiyah, bila saya menoleh sekeliling, saya melihat sahabat yang sedang membaca al-Quran dan berbincang ttg Palestin. sesuatu yg saya rasa sgt bersyukur. di mana lagi hendak dicari pemuda pemudi yg sebegini pada usia 17 tahun ? subhanallah, tarbiyah maahad memang lain. saya belajar dari contoh, pendengaran dan penglihatan saya, walaupun saya ini bukanlah BADATI. saya teringat ust Mohd. Nor, yang banyak benar mengajar kami ttg hati dan hubungan dengan Allah. ust pernah ajar bhw kita perlu merasakan dan mengingati Allah setiap detik dalam hidup kita sebagaimana berdegupnya jantung dalam hati kita. ust mengajar ttg erti hidup dari pengalaman hidupnya yg susah. dan saya mendengar, mendengar dengan setia kata-kata nasihat seumpama ini, walaupun mungkin ust dan ustzh sekarang pun dah lupakan saya. yang penting, saya insya Allah tak akan lupakan jasa mereka. saya teringat pada ustzh Sakinah, ustazah yang banyak membantu saya mengenali diri sendiri. dulu saya pernah berjumpanya yg merupakan seorang kaunselor sekolah. berjumpa kerana masalah personaliti diri sendiri, kekeliruan dan mencari kebenaran. nasihat ustazah yang masih terngiang sampai sekarang- as-sukutu salamatun, diam itu selamat. Maha Suci ALLAH !!
saya selalu tergelak, bila teringatkan maahad. memang maahad laman tarbiyah.walaupun tak pernah diajar, kita macam faham-faham sendiri shj banyak perkara. dulu saya tak berani tidur dalam kelas, sebab nanti tak berkat dan tak akan dapat elok dlm exam. bila ada kerja rumah, tetap kene siapkan walaupun dah hampir benar masa cikgu nak masuk kelas, sebab nanti tak berkat. bila keluar kelas nak ke tandas kena pakai bip merah macam org main bola jaring, sebab itu peraturan sekolah. kalau tak ikut nanti berdosa dan belajar jadi tak berkat. banyak benda yang perlu difikirkan bila nak buat salah. hubungan dengan sahabat dan cikgu kena jaga. hubungan dengan Allah juga lagi mesti dijaga. itu tarbiyah secara tak langsung, persekitaran atau bia'h membentuk kita. saya teringat kata-kata umi saya; "umi hantar anak-anak umi semuanya ke sekolah agama sebab umi rasa tak mampu utk bagi dari ilmu umi sendiri". dan sebenarnya dari ilmu umi bhw agama ini asas hiduplah, kami boleh berada di sini. Allahu a'lam.
dan maahad tetap maahad. dan saya juga akan selamanya menjadi maahadian. kerana jejak-jejak pernah saya tapakkan di sana. saya membina diri dan kekuatan di tanah itu. saya mendapat kesedaran dan semangat dari warganya. saya mengenali Pencipta dari rasa bertuhan yang datang dalam hati saban saat hendaknya tidak kira di manapun kaki ini berpijak insya Allah.- dan maahad tetap juga maahad-
No comments:
Post a Comment