KENANGAN - sempena tarikh kelahiran Rasul Mulia s.a.w

bismillah,

hari ni 12 rabi'ul-awwal. tapi kat kalendar sebelah ni dah 13 rabi'ul-awwal. ini maulid Rasul s.a.w yg pertama aku lalui di dublin. rasa sunyi, juga kekosongan, bila tak ada aktiviti-aktiviti yg dah terbiasa utk dibuat pada hari2 agung begini. sekarang tiba-tiba ter'refleks' zaman dulu2 masa darjah dua, tiga dan empat. sambutan maulid memang gilang gemilang, ada perarakan sambil berselawat ramai-ramai. kami berbaju kurung, berbaju melayu bermacam rona, memang meriah. walau tak faham, tapi gembira dan menantikan maulid supaya datang cepat tahun depan. masa tu boleh makan pulut kuning, gulai daging kawah dan dapat telur rebus free. mana tak best...walau tak pernah terfikir utk faham, tapi kami tetap hargai. tapi bila dah besar ni, faham pun tidak, menantikan pun idak. isk... apa nak jadik bebudak sekarang ni...dulu waktu belajar sekolah agama, masuk kolej, zaman2 internet, org asyik bincang, boleh ke buat maulid Nabi s.a.w ni, bida'ah tak ?. itu dan ini...terlalu asyik berbincang dan berfikir, sehingga lupa terus tujuan utama sambutan di buat. aku ini org awam, ilmuku memang cetek.kalau nak disuruh keluarkan ayat atau hadis utk jadi hujah, aku memang fail. memang aku sekolah agama, tapi pengEtahuan ku tak cukup tinggi utk keluarkan hukum bagi keadaan2 begini. cukuplah aku berpegang dgn imam2 ahli sunnah wal -jamaa'h, bersumberkan Quran dan sunnah. yang lain tu, aku cuba usahakan utk mencari, tapi tetap terkekang dgn tanggungjawab yg lain. ahh, lupa pula, CERITA KAMPUNG..bila balik kampung, kalau berbetulan dgn maulid, maka aku tengok, nenekkulah org yang paling sibuk, paling bersemangat nak buat sambutan. sekolahnya cuma takat darjah satu. ilmu agamanya berguru di masjid. alangkah jiwanya itu telah tertanam setinggi hormat dan cinta pada Rasul, berbanding dgnku yg muda dan katanya bersekolah tinggi ini, malu... majlis selawat, makan2, dan solat hajat.. tiadalah salah di pandangan mataku. inilah setakat yg nenek aku rasakan mampu dia korbankan utk cintanya pada Rasul s.a.w yg Agung, dia takada ilmu tinggi melangit. juga tak ada pendedahan ilmu hadith, ilmu feqah dan sebagainya. aku sama sekali tak layak utk berkata apa2. kerana Iman dan perasaan hubb itu di dalam hati. Allah shj yg MAha Mengetahuinya. dan aku masih ingat lagi, leteran dan bebelan nenek yg panjang2 tu.. haha, kalau saja air teh atau sambal lada kekeringan di hamparan saprah tetamu. gamat dan bising. ceria dan gembira. kasih dan ukhwah. masyarakat dan kemesraan. semua itu wujud, terzahir hari itu. tak ada celanya pada mataku. hmm.. mungkin, kalau mungkin aku katakan; cumalah makcik2 ni tak berapa sempurna tutup auratnya. tapi nak salahkn sapa, mereka tidak faham. dan salah kita juga yg tak memahamkan mereka.
itu kisah di kampung ku. mungkin mereka tak faham, mungkin ada yg datang krn niat lain. tapi bagiku sekurang-kurangnya dgn ilmu yg ada, mereka sedar kedatangan maulid ini. mereka tahu betapa perlunya kita mengingati Rasul s.a.w. mereka tahu, pentingnya Rasul kpd kita. walau mungkin tak sedalam mana.
tapi bagi kisahku di sini, cukuplah aku katakan; hari ini yang terasa sunyi dan kosong ,membawaku menilai diriku sendiri. sedalam mana cintaku pada Kekasih Allah ini, sedangkan dgn ilmu secebis yg berbekal ini, jika tak aku amalkan sunnah dan ikuti panduannya, berdosalah aku. bagaimana nak dijawab di hAri Perhitungan kelak ? bagaimana nak berdepan dgn Rasul s.aw. yg MULIA ? dptkah aku peluang tersebut ??? Allah, terlalu berat rasa di dada ini..
selawat dan salam atas junjungan besar kita Muhammad Pesuruh Allah, Rasul Terakhir, membawa rahmat sekalian a'lam.
Allah lebih Mengetahui dan Maha Luas PengetahuanNya.

p/s: ini adalah cerita seorang 'aku'.ada kaitan dgn yang hidup dan yg tlh meninggal dunia, al-Fatihah.. seorang 'ana' tu belum dijumpai lagi...'saya' insya Allah masih di sini, 'kawe' cuma menunggu masa, hehe.

No comments: