ADA APA PADA CORETAN...

Dah seminggu saya tak menulis, patutnya dah masuk entri keempat utk mesir tapi memori tu dah semakin kabur hari demi hari…tapi takpa, insya Allah akan saya teruskan sedikit masa lagi. Setelah pergi ke dua program dalam masa seminggu, berkenalan dgn banyak orang dan meninjau blog2 kawan, saya perasan akan satu benda. Dah lama benar saya tak menulis dlm bahasa inggeris dan juga bahasa melayu baku. Saya senang menulis dgn gaya yg ‘sempoi’. Hah, ini pun satu lagi perkataan yg tak ada dlm kamus dewan. Dah hampir 9 bulan juga saya tak buka kamus dewan. Saya dah tak menjadi pejuang bahasa lagi…baru kelmarin saya habiskan novel drama terbaru Faisal Tehrani, ‘Bila Tuhan Berbicara’. Bagi penggemar novel beliau, novel drama ni mmg satu yg tak boleh ketinggalan, satu ‘masterpiece’ yg tak kurang hebatnya dari 1511 Kombat. Saya suka novel melayu, tapi jarang-jarang penulis melayu yg saya minat. Selain faisal tehrani, saya suka A.Samad Said dan Shahnon Ahmad. Semuanya menulis dgn gaya yg berbeza-beza, menghantar mesej kepada pembaca melalui medium sama tapi stail yg tak sama. Selain itu, tak ada satu penulis yg saya benar-benar minat. Bercakap ttg buku, saya suka buku yg kontroversi ( dalami maksudnya) , tapi malangnya sekarang saya jarang benar membaca. Nak disalahkan kursus yg saya ambil, mungkin satu hal juga. Tapi entah apa hal-hal yg lainnya tu, tak dapat saya pastikan. Saya masih lagi meminati sampai sekarang, buku Roots tulisan Alex Haley, The Sealed Nectar, Time-a definition, Matter-the other name for illusion dan beberapa lagi yg tak dapat saya ingat sekarang. Sewaktu pergi ke J4DEII baru-baru ini, kami didatangkan dgn satu isu yg berat dan global sebenarnya ‘coexist’. Tapi pentafsiran terlalu luas dan kefahaman kami sebenarnya terlalu cetek utk menilai satu terma yg pendek ini. Kadang-kadang kami tak dapat faham intipati yang disampaikan oleh penceramah, yg mana merupakan kerugian yg amat sgt… bila kita dihujani dgn pelbagai fakta baru, pelbagai hujah yg terlalu berat di minda, sampai ke tahap kita menguhukum org sbg terpesong, ada yg mengatakan , we have been intellectually bullied. Saya tak tahu dan tak pasti kebenarannya. Possibly yes. Whether we’ve been bullied intellectually or not, to me, that’s not the main question here. It’s just whether you are ready or not to hear other’s interpretation on coexist. Are you coexisting intellectually with others? apapun, perjumpaan dengan orang-orang baru adalah sesuatu yg saya sgt suka sampai sekarang. Kadang-kadang, berada bersama kawan baru menjadikan kita tenang dan lebih terbuka untuk sebarang kemungkinan dan perubahan positif. Selamat berkenalan kepada semua !!

p/s: sebenarnya dari masourah ke dumyat lama, ada lebih kurang 34 bumper jalan semuanya, ustaz. Melainkan mungkin ada satu dua yg saya tak bilang disebabkan oleh kegeraman saya ;-)

GAMBAR HARI SETERUSNYA



istana Qarun tinggal kubus sekangkang kera
















SHALALAT...




















inilah sarang burung...
























tasik Qarun yang luas...




















kincir air yang utuh
















padang pasir, saujana mata memandang...















pinggiran tasik Qarun


















simpang ke Fayyoum



















tepi sawarqi




















batu tanda ke wadi dan shalalat...

NILAI TANAH AL-QUDS

NILAI TANAH AL-QUDS

Pada tahun 1901 M, Theodore Hertzel telah mamberikan tawaran yang lumayan kepada Sultan Abdul Hamid II Khalifah terakhir Khilafah Turki Uthmaniyah sebagai tukaran kepada tanah al-Quds, bumi Palestin. Sultan dengan tegas menjawab ;

“Palestin bukan milikku, bukan milik bangsa Turki tetapi milik bangsa Arab. Baitul Maqdis pula bukan milik bangsa Arab, tetapi milik umat Islam seluruhnya. Aku tidak akan sekali-kali menyerahkan bumi Palestin walau sejengkal setelah bangsaku berjihad bermati-matian mempertahankan dan menyuburkan tanahnya dengan darah-darah mereka. Simpanlah wang kamu yang berjuta ringgit itu, kerana sekiranya khilafah Islamiyah tumbang suatu hari nanti, kamu boleh mengambilnya tanpa sebarang wang tukaran. Adapun, sekiranya aku masih hidup, aku lebih rela diriku dicincang daripada melihat bumi Palestin dikeluarkan dari Daulah Islamiyah, dan perkara itu selama-lamanya tidak akan berlaku. Adakah kami akan membenarkan diri (wilayah-wilayah takluk Kerajaan Turki Utmaniyah) kami ini semua dipisah-pisahkan sedangkan kami masih hidup ?!

ENTRI TIGA : FAYYOUM

ENTRI TIGA : FAYYOUM

surah al-Ghafir

“Dan apakah mrk tidak mengadakan perjalanan di muka bumi, lalu memperhatikan betapa kesudahan org-org sebelum mrk. Mrk itu adalah lebih hebat kekuatannya drpd mrk dan lebih byk bekas-bekas mrk di muka bumi (bangunan, alat pelengkapan, benteng-benteng dan istana-istana) , maka Allah mengazab mrk disebabkan dosa-dosa mrk. Dan sekali-kali mrk tidak mempunyai seorang pelindung dr azab Allah.“

***********************************************************************************

Hari ini adalah hari pertama pengembaraan kami. Itupun jika perjalanan dlm kereta ni boleh diklasifikasikan sbg pengembaraan. Semuanya terima kasih kpd kak Yana yg banyak membantu kami, mengatur jadual perjalanan dan mencari musyrif yg boleh bawa kami berjalan-jalan, alhamdulillah...hari ini kami akan ke Fayyoum, pekan yg terkenal dgn tasik Qarun dan juga istananya. Pagi-pagi lagi kami bertolak. Dlm pukul 8 pagi, kereta matrix tu tiba depan rumah Perlis. Semuanya menjadi saspen bg kami, perjalanan pertama yg entah bagaimana dgn insan yg tak kami kenali. Bila melangkah masuk ke kereta, suasananya lain, tak hambar dan tak jugak dingin. “hangpa ni dari Ireland ya? Ana lutfi” ha, udah mula dgn loghat utaghanya ! tp lepas tu rasa mcm dah lama kenal ustaz ni, mmg bagus dia punya PR…

Perjalanan ke Fayyoum agak jauh, makan masa lebih kurang dua jam. Banyak yg ustaz tanya ttg hidup kami kat Ireland, tak kurang jugak yang dia ceritakan ttg Mesir. Antara yang melekat di minda sy sampai sekarang adalah ttg kebanyakan rakyat mesir ni merupakan SB a.k.a mata-mata. Ustaz kata hampir 75% rakyatnya SB sbb mesir dekat dgn Israel dan sentiasa dlm undang-undang tentera. Saya paling suka bab ni. Mmg logik juga, untuk menjadi jiran pd negara haram Israel bukanlah sesuatu yg main-main. Lagi pula Sinai pernah ditakluk oleh Israel suatu masa dulu. Ustaz kata, perangai rakyat Mesir ni tak sama dgn rakyat di Negara Arab lain, mungkin juga…depa ni keras dan sedikit kasar. Tapi bila berpegang dgn Islam, depa ni mmg bagus, lagi bagus dr kita sendiri sbb nilai2 tu boleh dimanfaatkan utk agama. Tidak hairanlah jika Ikhwanul Muslimin dapat bertumbuh subur di bumi ini sampai sekarang. Satu lagi kenyataan ustaz yg best adalah ttg jalan raya. Katanya di Mesir ni ada one way, two way dan any way. Hmm macam mana pulak tu…hehe. Apapun kenyataan org ttg tempat ni, bg saya cuma satu shj yg penting, iaitu mesir adalah bumi Anbiya’.

Setelah berapa lama kereta bergerak, kami tiba di satu simpang dua. Ustaz ambil simpang pertama utk ke pekan fayyoum. Katanya di pekan ni ada satu kincir air tinggalan zaman nabi Allah Yusuf ‘alaihi ssalam. Isk, lama tu… kalau kita dapat imbas kembali, Yusuf ‘alaihi ssalam pernah menjadi menteri kewangan mesir dan pada waktu tu saudara-saudara tirinya merantau jauh untuk datang ke Negara Mesir yg makmur krn musim kemarau yg panjang. Satu bayangan ttg kincir muncul di minda saya apabila ustaz menyebut ttg ni. Apabila tiba ke satu tempat, ustaz menyuruh kami turun di depan satu benda yg kelihatannya spt empangan. Ya, itulah kincir air Yusuf a.s, diperbuat drpd kayu dan masih utuh sehingga hari ini. Kincir ni jugak mengeluarkan satu bunyi yg kuat dan menggerunkan tiap kali pusingannya utk mengalirkan air. Pada zaman dulu, kincir ini dicipta utk mengalirkan air ke tanah-tanah kebun, satu teknologi yg masih diguna pakai sehingga hari ini sebenarnya. Dan kalau diikutkan, konsep fizik ni mmg bnyk diaplikasikan sehinga hari ini. Nilai zaman dahulu itu sebenarnya lain, kemodenan cuma pd pentafsiran manusia moden. Sedang kemajuan pula ukurannya bukan pada tolok yg sama. Kita yg lebih maju atau umat terdahulu ? Allah telah pun menjawabnya...

Setelah bergambar di kincir air atau dipanggil sawarqi, kami meneruskan perjalanan berpatah balik ke simpang tadi. Kecewa sikit hati saya ni. Kenapalah jauh sgt perjalanan nak ke kincir air tu shj... Ustaz bawa kami singgah ke kedai jus/ a’sir, tp kami membeli aiskrim dan ustaz pulak minum koktail. Koktail di sini tak sama dgn mana-mana koktail yg kita sangkakan, tak ada alkohol atau sesuatu yg seumpamanya. Sebaliknya koktail ni mmg semata-mata jus buah dan terdapat potongan buah yg pelbagai kat dalam. Penuh satu gelas dgn macam-macam buah. Tapi waktu ni kami masih belum terkena sihir jus/ asir lagi...Nak berpatah balik ke simpang pun satu hal juga, huhu. Di sini kawasan bersejarah tak tertumpu di satu kawasan, sangat ’scattered’ , kalo ikut kata omputih. Satu kat sini, satu kat sana. Itu yg menyebabkan kawasan fayyoum ini tak diberi tumpuan oleh kerajaan Mesir, sebab terlalu jauh. Kami sekarang menuju ke tasik Qarun, tasik yg menjadi bukti kemurkaan Allah bg hambanya yg tak bersyukur dan hambanya yg kikir.

Kata ustaz Lutfi, dari satu hujung ke satu hujung tasik lagi lebih kurang 50 km jauhnya. Subhanallah, besar tu. Sebenarnya tasik ini semakin besar dgn berlalunya masa. Mungkin sebab hakisan dan macam-macam lagi. Bila kami mula menyelusuri tasik yg besar ni, rasa juga perasaan gerun. Betapa besar kuasa Allah, menenggelamkan istana dan harta Qarun. Tak terbayang harta yg Allah kurniakan pd Qarun kalau dilihat pd saiz tasiknya. Landskap dan pemandangan di sini, subhanallah, sgt indah. Tasik membiru berlatar belakangkan padang pasir yang coklat kusam. Takleh nak diterangkan kat sini keindahannya...ustaz banyak bercerita ttg Qarun, dia asalnya miskin dan merupakan salah seorang pengikut Musa ’alaihis salam. Kemudiaannya berkat doa Musa a.s , Qarun telah diberi kekayaan yg amat, sehingga firaun sendiri kagum terhadapnya. Kebongkakannya bermula apabila dia mula memanjangkan pakaiannya lebih dari biasa dipakai orang. Lengan panjang yg lebih dari sepatutnya...sy terbayang pula umat sekarang, kalau gaun pengantin tu, kadang-kadang panjang mengemop lantai. Kena ada org lain pula angkatkan...bagaimana pula tu... Sehinggalah satu masa, dia dilantik sbg menteri kewangan firaun. Kederhakaannya sudah takda batasannya lagi...

Dulu saya ingat tasik ni tasik yg mati, tak ada hidupan sebab ini bukti kemurkaan Allah. Ttp tekaan sy meleset sama sekali sebab sgt byk penjual ikan di sepanjang tasik di tepi jalan. Mrk menggunakan isyarat tangan terbuka sbg tanda ada ikan. Menarik. Cuba bayangkan, di tengah padang pasir ada tasik yg berisi hidupan, subhanallah... tak terfikir oleh akal manusia akan mcm mana ikan tu boleh ada di tasik tu... ustaz Lutfi senyum ,“ Allahu ’alam... ,“. Seterusnya kami akan ke shalalat dan wadi ar-Rayyan. Shalalat ni adalah satu-satunya air terjun di Mesir ni. Satu-satunya air terjun di tengah padang pasir. Mmg satu ketakjuban. Dlm perjalanan ke shalalat, kiri dan kanan kami padang pasir. Ya Allah, rasanya lain bila berada betul2 di padang pasir. Ustaz kata bahang di luarnya sgt panas, mujur kami dlm kereta ber-air cond. Padang pasir ni zahirnya nampak lembut dan sgt memangil-manggil. Ikut rasa hati, sy rasa mcm nak berguling-guling dan baring atas padang pasir tu. Apa rasanya agaknya ? ustaz gelakkan kami yg jakun ni...

Sampai di shalalat kami turun utk bersolat zuhur dan ‘asar jama’. Pertama kalinya rasa udara padang pasir. Mmg panas. Tapi ada beberapa org pemuda Mesir sedang bermain bola sepak berkaki ayam. Ni mesti kulit kaki tebal ni, tak rasa panas. Shalalat / air terjun ni mengalir ke dalam wadi ar-Rayyan kalau tak silap saya. Wadi ni pun luas, saujana mata memandang. Katanya mata air/ wadi ni dah wujud sejak zaman nabi Musa ’alaihis salam lagi. Kami bersolat berimamkan ustaz dan kemudiannya berjalan ke shalalat. Patutnya di shalalat ni kami boleh mandi, rasa best utk mandi tgh2 panas ni. Lagipun airnya tak panas tapi sejuk. Itulah kebesaran Allah. Lepas bergambar-gambar kami pulang. Dan dlm perjalanan kami sempat turun di tepi satu padanag pasir utk bergambar. Ustaz kesian dekat kami yg jakun dgn padang pasir ni. Tapi apa yg saya bayangkan adalah usaha dan kesukaran yg terpaksa di hadapi oleh rasul2 dan nabi2 dahulu utk menyampaikan risalah Allah. Bayangkan, bukan mudah utk berjalan di tgh padang pasir. Panas dan bahang yg amat. Allah sahaja yg tahu. Pada zaman dulu bukannya ada kereta yg berair-cond mcm sekarang, bukannya ada jalan berturap yg akan bantu kita mencari arah. Ya Allah, jalan kami ini terlalu mudah jika ingin dikatakan kami ini berjalan di atas jalan Mu !

Oh, lupa pulak. Sebelum kami ke shalalat, kami singgah sebentar ke tinggalan istana Qarun. Cumalah satu binaan berbentuk kubus yg tinggal. Khabarnya banyak binaan yg tertimbus dgn pasir. Perjalanan ke istana ni pulak mmg menarik. Kami melalui satu kampung yg betul2 kampung arab Mesir. Ada binaan khas utk sarang burung (saya terkejut!), saliran dari tasik Qarun dan kehidupan rakyat tempatan boleh kita lihat kat sini. Tak tahu mcm mana nak digambarkan. Tp kata ustaz, mrk ni sgt mesra terhadap tetamu. Kalau kami turun dan singgah di mana-mana rumah mesti kami akan dijamu teh Mesir dan jiran-jirannya pun akan turut menjemput. Itu adat kat sini. Teh mmg sgt popular kat sini. Rokok pun tak terkecuali. Erm, lupa jugak, sebenarnya kami jugak dah rasa air tebu asli Mesir masa singgah kat kedai jus di pekan Fayyoum td. Tebu dikenali sbg ’Asob. Air tebu ni mmg tak dicampur apa2, terus dari batang tebu masuk plastik. Tak adalah manis sgt, omputeh kata ‚“just nice“.

Lepas ke shalalat, kami singgah sekejap di kebun mangga. Mangga kat sini pun popular sebab mrk suka minum jus mangga. Tapi kebun ni tak adalah besar sgt. Ada banyak petak kebun yg diusahakan oleh pekebun-pekebun lain. Mrk ni juga tanam anggur kat kebun. Di muka pintu kebun, kalau kita dongak ke atas, akan nampak anggur berjuntaian. Pokok anggur yg menjalar ni menjadi atap utk bangsal mrk. Kat sinilah jugak kami belajar mengenal org kristian Mesir. Ustaz tunjukkan pd kami bbrapa org dan cerita bhw dpt kita bezakan raut wajah wanita muslim dan wanita kristian. Cahaya dan serinya tak ada, nampak macam bermasalah, itulah ciri-cirinya wanita kristian. Tp saya masih tak dpt bezakan. Di ireland, wajah begitulah yg kami tatap hari-hari.Mesir ni, pengaruh agama kristian agak kuat juga. Di mana ada masjid, di situlah ada gereja…fayyoum ni jugak tak berapa dibangunkan oleh kerajaan Mesir sebab di sini masih ramai ahli Ikhwanul Muslimin yg tinggal. Ramai yg kekal di sini berbanding di kawasan2 lainnya. Ini pun pada perkiraan saya merupakan satu kenyataan yg best utk didengari.

Itulah sedikit sebanyak pengalaman hari pertama ke Fayyoum. Menarik. Tapi lebih menarik dan bermanfaat kalau kita benar-benar merenung segala sirah dan peristiwa yg telah berlaku di setiap langkah kaki kita. Iktibar dan pedoman harus kita gali dari setiap kesan tinggalan. Itulah yg Allah berikan kpd kita, bersesuaian dgn firmannya yg tersebut di atas...

JADUAL PERJALANAN DI MESIR

JADUAL PERJALANAN DI MESIR

Khamis, 14 jun 07 Asfour, kilang Kristal

Jumaat, 15 jun 07 Rehat…

Sabtu, 16 jun 07 Pasar Hussein, masjid Hussein

Ahad, 17 jun 07 Fayyoum, lihat tinggalan tasik dan istana
Qarun, kincir air zaman nabi Yusuf a.s, shalalat, wadi ar-
Rayyan dan kebun mangga.

Isnin, 18 jun 07 Tour de Kaherah 1, pyramid, kota Babylon, fustat Bandar
pertama Islam, kubu Salahuddin al-Ayubbi, masjid Amr al-
Asr, masjid Azhar dan masjid Ali Pasha + jaulah maqam.

Selasa, 19 jun 07 Perjalanan ke Sinai, jabal ‘Atif, melawat sempadan Israel-
Mesir, kubu Salahuddin

Rabu, 20 jun 07 Lawat maqam nabi Allah Harun dan Saleh a.s., wadi
arba’ien dan wadi muqaddas, 12 mata air Musa a.s, memanjat
Gunung Sinai (12 mlm)

Khamis, 21 jun 07 Turun dari Tur Sina, lawat Hamam Firaun, ayoon Musa a.s,
kem tentera Israel dan terusan Suez, pulang Kaherah.

Jumaat, 22 jun 07 Rehat…

Sabtu, 23 jun 07 Tour de Kaherah 2, jaulah maqam, muzium Negara Mesir,
masjid Sultan Hassan dan Rifa’ie, naik bot sepanjang Sg. Nil...

Ahad, 24 jun 07 Melawat kota Iskandariah, siapakah Alexander the great dan
Iskandar Zulkarnain ? minum ‘asir banyak kali,
best...alhamdulillah

Isnin, 25 jun 07 Rehat...

Selasa, 26 jun 07 Melawat Univ Al-Azhar, ziarah rumah Kak Balqis dan membeli-
belah untuk memasak ramai-ramai !

Rabu, 27 jun 07 Melawat Mansourah dan Dumyat, jauh bangat… pergi ke Port
Said dan Port Fuad.

Khamis, 28 jun 07 Pulang, tapi batal niat, heheh

Jumaat, 29 jun 07 Betul-betul pulang, rasa taknak balik....

GAMBAR-GAMBAR HARI-HARI AWAL













di kilang KRISTAL ASFOUR



Gambar tema utk mesir...










ustaz kata ; ''tunjukkan kpdku jalan yg lurus''. Jalan pulang dr Fayyoum...








maqam saidina Hussein r.a








masjid saidina Hussein r.a

MAQAM-MAQAM YG DILAWATI DI MESIR

MAQAM-MAQAM YANG DI LAWATI SEPANJANG BERADA DI MESIR

Kalau mengikut kata-kata Ust Lutfi, terdapat lebih kurang 60 maqam di sekitar Kaherah sahaja. Kami pula sempat di bawa melawat hampir 35 maqam kesemuanya dan beberapa kubur tokoh2 ternama di Mesir. Ada beberapa lagi maqam yang terlepas dari ditulis oleh saya. Buat permualaan, saya akan senaraikan nama2 maqam tersebut mengikut turutan jaulah kami. Insya Allah, jika di beri kesempatan, akan saya tulis sedikit sebanyak penerangan ttg setiap maqam yg dilawati.

1. Imam Waqi’ –guru Imam Syafie yg terkenal dgn syair yg di gubah utk Imam Syafie
2. Imam Al-Laith
3. Ibnu Hajar al-Asqolani- penulis kitab Fathul Bari, syarah sohih Bukhari
4. Ummu kalthum r.a- keturunan Rasulullah sallalahu ‘alaihi wasallam
5. Abu Dzar al-Ghifari r.a
6. Yahya as-Syabih – wajahnya dikatakan oleh seorang sahabat mirip kpd Nabi sallalahu ‘alaihi wasallam.
7. Al-Qasim Toyyib
8. Imam Syafie r.a
9. Syeikh Zakaria al-Ansori
10. Imam AS-Syahid Hassan al-Banna
11. Ahmad al-Banna
12. Zunnun al-Misr – anak murid Rabiatul Adawiyah
13. Uqbah ibnu Amir AL-Juhani- sahabat
14. Dhorih Amr ibnu al-Asr- sahabat yg membawa Islam ke Mesir
15. Hassan Anwar r.a- keturunan Rasulullah sallalahu ‘alaihi wasallam
16. Fatimah Hassan Anwar r.a
17. Rabiatul Adawiyah
18. Muhammad
19. Imam Al-Hanafi
20. Sayid Ali bin Abi Shubah- pelopor Qiraat
21. Imam Syatibi
22. Wali soghir/ kecil Syeikh Asyraf
23. Khulwah Sayyidah Nafisah
24. Ibnu Abi Jumrah
25. Syeikh Syarafuddin ibnu Abdullah
26. Syed Ahmad
27. Syed Muhammad
28. Sayid Mursi abil-Abbas
29. nabi Daniel a.s
30. Luqmanul Hakim
31. Abu Darda’ r.a- perawi hadis
32. Nabi Saleh a.s
33. Nabi Harun a.s

MESIR : ENTRI DUA

Bila rindu mula bersemi, rupanya kelopak kasih itu telah mekar dalam hangat musim-musimnya bumi Mesir...

**********************************************************************************

Kami tiba di rumah perlis lebih kurang dalam pukul 4 pagi, lebih dua jam dari perancangan asal. Tiba di pintu pagar bangunan biru kuning ini (warna bendera perlis), kami hilang punca. Tak tahu ke mana nak di tuju, kebetulan pula ada seorang muslimin di situ yang menunjukkan jalan pada kami, ke mana harus di tuju. Kami harus berjumpa dengan Kak Pah , wadifah anak negeri Perlis. Alhamdulillah, sampai di rumah siswi, kami di sambut senyuman kak Pah di muka pintu. Lega...tak lama kemudian azan subuh berkumandang. Merdu. Halwa telinga. Pagi pertama di Mesir. Hari pertama diisi penuh dengan aktiviti yang sangat menarik. Berjalan-jalan ke asfour, kilang kristal terbesar di Kaherah. Kebetulan pula kami datang waktu tamatnya musim peperiksaan bagi sesetengah muslimat di sini, maka memang langkah kanan. Lagi pula kami belum merancang hendak ke mana.

Perjalanan sepanjang hari pergi dan pulang dari kilang Asfour ni memang menarik.udara panas kering dan agak berdebu. Mata saya silau dan sememangnya menjadi satu keperluan untuk menundukkan pandangan dek kepanasan yang menyapa ni. Juga saya terfikir, bagi menjaga kesihatan, adalah satu keperluan juga untuk mengenakan niqab selain dari faktor2 lain. Saya jadi berminat terhadap niqab atau lebih dikenali sbg purdah di tanah air kita. Ramainya di sini muda mudi arab sudah berani pada hemat saya untuk mengenakan pakaian yang agak bergaya dan stailnya nak serupa dgn gaya pelajar2 arab di ireland. Segala macam gaya dan stail. Kalau fesyen2 tersebut di kira sebagai fesyen terkini dan moden, maka saya boleh katakan bhw mrk ini mmg terkehadapan. Terutama gadis2 yg saya jumpa di dalam kereta api bawah tanah. Mungkin mrk ini anak2 golongan pertengahan atau atasan. Lain pula suasananya di pasar dan rata2 jalan2 yg kami berjalan kaki. Kebanyakan gadis2 dan makcik2 masih mengenakan jubah dan niqab,pakaian tradisi orang arab di sini. Dapat kita bezakan dgn agak ketara di antara kelas2 dan golongan2 rakyat mesir. Walaupun macamtu, majoriti mereka memakai tudung, selalunya yang tidak bertudung tu adalah yg beragama kristian. Inilah yang paling bagus bg mereka, tambahan pula gerabak kereta api diasingkan lelaki perempuan ,membezakan Mesir dan Malaysia.

Kami mencuba 5 jenis pengangkutan awam di mesir. Van, kereta api bawah tanah, tut tut, teksi dan bas awam. Mungkin bunyinya normal, tetapi tunggulah apabila anda tiba di Mesir kelak. Rasa macam segalanya jadi luar biasa. Gerabak2 kereta api bawah tanah di bahagikan kepada 3 jenis, lelaki shj, perempuan shj dan campuran lelaki dan perempuan. Kami yang muslimat menaiki gerabak perempuan manakala ustaz yang menjadi musyrif pula menaiki gerabak lelaki. Oh ya, kat mesir ni, menjadi satu kebiasaan yang baik di sini selalunya bila muslimat berjalan-jalan ke tempat yang agak jauh, akan ada seorang muslimin menemani sbg seorang musyrif. Mmg sesuatu yg sgt baik utk menjaga kemaslahatan muslimat, sesuatu yg jarang benar berlaku di tempat saya belajar.

Tapi yang paling best tentunya bila ada kesempatan naik tut tut. Sapa2 yang nak betui2 rasa pengalaman pi mesir ni, kenalah jugak rasa naik tut tut ( loghat utagho, dah jadi ahli ghumah peghlis). Macam yang selalu kita tonton dalam dokumentari terutamanya di India. Kenderaan beroda 3 macam motosikal tapi ada bumbung dan tempat pemboncengnya pula macam dalam beca. Tak boleh nak di terangkan di sini, rasa tak puas. Bila naik tut tut, sekali, rasa macam nak melayang, laju sgt, pintu tiada, dengan kona (membelok) lepernya di selekoh2 tajam. Pemandu2 kat sini mmg ada komunikasi tersendiri yang sukar saya nak faham. Mereka mmg bagus dalam menganggar jarak sesama kenderaan sebab pernah sekali tu, jarak antara tut tut yang saya naik dan tut tut lain cuma sepanjang satu jari shj.berdebar. saya memerhati sekeliling. Ligat. Sibuk. Hari pertama untuk berkenalan dengan bandar Kaherah. Bandar yang sememangnya sangat hidup, luar biasa.

Tak banyak yang boleh di ceritakan ttg kilang asfour ni melainkan kristalnya sangatlah berkilauan dan cantik2. bagi yang bergelar wanita, mmg sekali imbas akan terpesona dengan kristal2 yang ada kat sini. Katanya ini kristal original dari bumi mesir. Saya percaya juga. Ada ramai pelajar2 malaysia datang hari ni. Mungkin sebab cuti summer dah menjelang, musim balik kampung, balik tanah air. Kami habiskan lama juga masa di sini, solat zuhur pun di kilang ini=). Setiap seorang bawa balik berbeg-beg kristal. sampaikan ustaz yang menjadi musyrif pun tak kalah dengan kami. Banyak jugak yang diangkutnya. hehe. Kristal oh kristal...Dalam perjalanan pulang, kami melalui satu pasar, sempat juga menyinggah untuk membeli anggur bulat atau di kenali sbg banati. harganya cuma 3 genih setengah sekilo. Murah juga. Gerai2 bersebelahan ni menjual dengan harga lain2. Persaingan yg sihat saya kira. Saya pun jadi hairan. Tapi kak Dayah yang membawa kami sempat menawar harga dan alhamdulillah, dapat murah. Tapi saya lupa harganya…

Sampai ke lorong masuk rumah Perlis. kami jalan di depan, hampir pula masuk lorong salah. Tertipu dengan musyrif. Malam itu kami bersolat Maghrib dan Isya’ di surau rumah Perlis. Kebetulan juga ada majlis bacaan Yasin dan tazkirah pendek malam ni. Kami teruskan dengan sesi ta’aruf yang mmg mesra dan memesrakan. Rasa macam dah lama kenal walau baru bersua. Sesi ta’aruf yang best, walaupun selalunya saya tak suka sesi ni. Dapat kenal Kak Pah, Mak Teh, Kak Dayah, Kak Nadia, Kak Yana, Kak Bibah, Kak Matun, hakimah, Kak Syam, kak Asma’ dan Kak Rad. Kenangan hari pertama, yang indahnya bukan pada kilauan Kristal, tapi pada satu perkenalan dengan saudara seIslam, serumpun Melayu. Rasanya manis pada satu ukhwah yang usianya baru sehari. Ya Allah, kekalkanlah persaudaraan dan kasih kami selama hayat kami di atas jalan Mu, ameen.

+ masa ni musim panas di mesir, panas tu panas juga tapi panas Malaysia lagi dahsyat pula rasanya. Bahang maksiat mungkin ?
+ matawang kat sini guna egyptian pound atau disebut “genih“. Berhati-hati sikit kalo nak membeli, karang tertukar 50 sen dan 50 pound. Betul ni tau!
+ hari ni dapat kenal air tamar hind a.k.a asam jawa. Warnanya mmg umphh ! Belum rasa lagi masa ni, nantikan entri seterusnya...
+sebenarnya, pandangan2 hari pertama sgt penting utk muhasabah diri sepanjang pengembaraan ni krn kita melihat dan memerhati dari kaca mata berbeza berbanding hari-hari seterusnya. Bagaimana mungkin saya definisikan perasaan saya pada hari pertama ya?- mungkin saya yang terlalu mentah untuk membaca rona-rona kehidupan insan.
-Kerana pemandangan yang saya nampak pada hari pertama adalah kemiskinan dan mungkin juga satu bandar yang kucar-kacir...saya salahkan Hosni Mubarak dlm hal ini.
Sedangkan di sebaliknya, ada satu mutiara tersembunyi, yang cuma perlukan sedikit masa lagi untuk saya temui...(tapi saya tetap salahkan Hosni Mubarak!)



MESIR, ARDUL KINANAH : ENTRI SATU

Hati terasa berat untuk meninggalkan tanah ini, antara perasaan yg teradun, hati saya jelas akan satu rasa. Tak tahu apa yg memberati itu, ukhwah yang terjalin, kenangan yg bersemi atau manisnya pengembaraan menjejak identiti dan cita-cita diri sendiri… atau mungkin sesuatu yang lebih dari itu ? tapi apa yang saya yakini, ini merupakan nikmat Allah Yang Maha Besar, Maha menyempurnakan segala penciptaan dan Maha memperelokkan makhluknya dengan sentuhan terindah yang tak mampu utk hamba yg kerdil ini menghayatinya. Jika bumi itu pernah para Rasul dan Anbiya’ berpijak membawa risalah agung, jika pemandangan itu pemandangan para muttaqin pada masa lampau, jika batuan dan pepasir itu pernah menyaksikan para mujahidin dan hizbullah, maka semuanya adalah mulia di sisiNYA, dan semuanya itulah yang ingin saya jejaki , ingin saya sentuhi, ingin saya rasai, ingin saya hayati dan cintai. Dan yang paling penting jalan itulah yang ingin saya lalui untuk kehidupan ini
**************************************************************************************



Perjalanan dari Ireland ke mesir berjalan lancar, alhamdulillah, tak banyak masalah dan kami memang dihidangkan dengan makanan yang agak mewah secara relatifnya berbanding pemakanan seharian saya di rumah. Chezh airlines agak bagus dan mesra pelanggan. Tak banyak yang dapat saya ingat kembali ttg pengalaman saya sepanjang di dalam kapal terbang melainkan satu insiden sewaktu dlm perjalanan dari Prague ke kaherah. Pengalaman yang melucukan. Wahai sahabat2 , inilah pengalaman yg kita akan kenang sampai bila2 , ye tak ? heheh… sebenarnya kami berempat bersama menempuh perjalanan yang dikatakan sbg koboi ni ke bumi mesir. Saya, Safiah, Hazirah dan Kak Nunee. Sewaktu kami transit di Prague, tak banyak yg boleh kami buat melainkan menanti flight seterusnya. Berbekalkan biskut dan chips yg di bawa, kami mengalas perut. Saya dah lupa berapa lama kami transit di Prague, tp yang pasti kami memang sempat berasa lapar. Tak berapa lama lepas naik flight ke Kaherah, perut pun dah bernyanyi-nyanyi…syukran Lillah, tak lama lepas tu , makanan pun dihidangkan. Kami pun tak tunggu lama, sudah rezeki Allah depan mata, terus kami baca doa makan, dah tak pandang kiri kanan…dalam pada tu, saya dan Safiah terperasan satu pandangan mata, rasa macam diperhatikan… huhu…. Ada seorang pakcik arab ni tengah merenung kami berdua. Hairan. Kami hairan, dia pun hairan melihat kami makan dengan bersungguh-sungguh gamaknya. Kami jadi segan. Mana taknya, macam orang kebulur pula lagaknya… tapi yang paling best tu, bila pakcik tu offer makanan dia yg dia tak makan. Allah sahajalah yg faham perasaan kami. Malu, segan, nak tergelak kat situ pun ada. Apalah yang difikir oleh pakcik arab ni. Matanya berkaca-kaca tengok kami, pastinya penuh simpati….bebudak Malaysia yg kebulur ni…hmmm



Bila sampai di mator qadim (airport lama), kami ada juga ditahan sebab tak lengkapkan borang imigresen, kami tak isi dengan lengkap alamat tempat yang kami bakal duduki di bumi Kaherah ni, sebab kami sendiri pun tak pasti lagi keadaannya macam mana. Inilah koboi namanya. Dah tersangkut, barulah kami gelabah, mana nak cakap arab lagi... Walaupun faham sikit2, tapi sebab pakcik tu guna bahasa ‘ammi, loghat mesir, kami pun tak berapa faham. Tapi alhamdulillah, kami minta bantuan seorang makcik di situ yang turut sama tersangkut macam kami, dan kami dapat alamat tersebut dengan menelefon seorang ustaz melalui handphone makcik yang baik hati itu. Selesailah satu pengalaman, walaupun kena marah tapi sebab kami tak faham, tak adalah sgt kesannya dalam hati ni. Masa keluar dari mator, mmg kami tak kenal sesiapa, entah siapa yang ditunggu, entah siapa yang menanti. Katanya melalui kontek kami, kak Balqis dan kak Pah, ustaz Anam yg akan dtg ambil kami. Baru shj kami melangkah keluar, kelibat dua muslimin muncul menuju ke arah kami. Lega. Ustaz2 membantu kami mengangkat beg2 dan kami menaiki van untuk ke rumah Perlis, bakal rumah kami sepanjang di Kaherah. Bila van mula bergerak di jalan raya, saya mula merasai satu suasana baru. Ya, perjalanan kami sudah bermula!

Ahlan wasahlan ilal ardil kinanah !
Selamat datang ke bumi anbiya’ !

+ cita-cita saya sejak ambil PMRU tingkatan 2 dulu, nak belajar di bumi anbiya’ ni, tak kira buat medic atau agama. Sedih bila tak dapat masa lepas SPM. Tp memang dah takdir Allah, saya ditempatkan di tempat skrg ni dan alhamdulillah, dimurahkan rezeki dan digerakkan hati utk ke bumi Mesir. Rasa macam mimpi jadik nyata. Setinggi-tinggi syukur pada Allah Yg Maha Kaya! Doakan mudah-mudahan saya kembali lagi ke sini, bumi yang kekal Barakah walau pernah menjadi rumah kpd firaun laknatuLLah...