MESIR : ENTRI DUA

Bila rindu mula bersemi, rupanya kelopak kasih itu telah mekar dalam hangat musim-musimnya bumi Mesir...

**********************************************************************************

Kami tiba di rumah perlis lebih kurang dalam pukul 4 pagi, lebih dua jam dari perancangan asal. Tiba di pintu pagar bangunan biru kuning ini (warna bendera perlis), kami hilang punca. Tak tahu ke mana nak di tuju, kebetulan pula ada seorang muslimin di situ yang menunjukkan jalan pada kami, ke mana harus di tuju. Kami harus berjumpa dengan Kak Pah , wadifah anak negeri Perlis. Alhamdulillah, sampai di rumah siswi, kami di sambut senyuman kak Pah di muka pintu. Lega...tak lama kemudian azan subuh berkumandang. Merdu. Halwa telinga. Pagi pertama di Mesir. Hari pertama diisi penuh dengan aktiviti yang sangat menarik. Berjalan-jalan ke asfour, kilang kristal terbesar di Kaherah. Kebetulan pula kami datang waktu tamatnya musim peperiksaan bagi sesetengah muslimat di sini, maka memang langkah kanan. Lagi pula kami belum merancang hendak ke mana.

Perjalanan sepanjang hari pergi dan pulang dari kilang Asfour ni memang menarik.udara panas kering dan agak berdebu. Mata saya silau dan sememangnya menjadi satu keperluan untuk menundukkan pandangan dek kepanasan yang menyapa ni. Juga saya terfikir, bagi menjaga kesihatan, adalah satu keperluan juga untuk mengenakan niqab selain dari faktor2 lain. Saya jadi berminat terhadap niqab atau lebih dikenali sbg purdah di tanah air kita. Ramainya di sini muda mudi arab sudah berani pada hemat saya untuk mengenakan pakaian yang agak bergaya dan stailnya nak serupa dgn gaya pelajar2 arab di ireland. Segala macam gaya dan stail. Kalau fesyen2 tersebut di kira sebagai fesyen terkini dan moden, maka saya boleh katakan bhw mrk ini mmg terkehadapan. Terutama gadis2 yg saya jumpa di dalam kereta api bawah tanah. Mungkin mrk ini anak2 golongan pertengahan atau atasan. Lain pula suasananya di pasar dan rata2 jalan2 yg kami berjalan kaki. Kebanyakan gadis2 dan makcik2 masih mengenakan jubah dan niqab,pakaian tradisi orang arab di sini. Dapat kita bezakan dgn agak ketara di antara kelas2 dan golongan2 rakyat mesir. Walaupun macamtu, majoriti mereka memakai tudung, selalunya yang tidak bertudung tu adalah yg beragama kristian. Inilah yang paling bagus bg mereka, tambahan pula gerabak kereta api diasingkan lelaki perempuan ,membezakan Mesir dan Malaysia.

Kami mencuba 5 jenis pengangkutan awam di mesir. Van, kereta api bawah tanah, tut tut, teksi dan bas awam. Mungkin bunyinya normal, tetapi tunggulah apabila anda tiba di Mesir kelak. Rasa macam segalanya jadi luar biasa. Gerabak2 kereta api bawah tanah di bahagikan kepada 3 jenis, lelaki shj, perempuan shj dan campuran lelaki dan perempuan. Kami yang muslimat menaiki gerabak perempuan manakala ustaz yang menjadi musyrif pula menaiki gerabak lelaki. Oh ya, kat mesir ni, menjadi satu kebiasaan yang baik di sini selalunya bila muslimat berjalan-jalan ke tempat yang agak jauh, akan ada seorang muslimin menemani sbg seorang musyrif. Mmg sesuatu yg sgt baik utk menjaga kemaslahatan muslimat, sesuatu yg jarang benar berlaku di tempat saya belajar.

Tapi yang paling best tentunya bila ada kesempatan naik tut tut. Sapa2 yang nak betui2 rasa pengalaman pi mesir ni, kenalah jugak rasa naik tut tut ( loghat utagho, dah jadi ahli ghumah peghlis). Macam yang selalu kita tonton dalam dokumentari terutamanya di India. Kenderaan beroda 3 macam motosikal tapi ada bumbung dan tempat pemboncengnya pula macam dalam beca. Tak boleh nak di terangkan di sini, rasa tak puas. Bila naik tut tut, sekali, rasa macam nak melayang, laju sgt, pintu tiada, dengan kona (membelok) lepernya di selekoh2 tajam. Pemandu2 kat sini mmg ada komunikasi tersendiri yang sukar saya nak faham. Mereka mmg bagus dalam menganggar jarak sesama kenderaan sebab pernah sekali tu, jarak antara tut tut yang saya naik dan tut tut lain cuma sepanjang satu jari shj.berdebar. saya memerhati sekeliling. Ligat. Sibuk. Hari pertama untuk berkenalan dengan bandar Kaherah. Bandar yang sememangnya sangat hidup, luar biasa.

Tak banyak yang boleh di ceritakan ttg kilang asfour ni melainkan kristalnya sangatlah berkilauan dan cantik2. bagi yang bergelar wanita, mmg sekali imbas akan terpesona dengan kristal2 yang ada kat sini. Katanya ini kristal original dari bumi mesir. Saya percaya juga. Ada ramai pelajar2 malaysia datang hari ni. Mungkin sebab cuti summer dah menjelang, musim balik kampung, balik tanah air. Kami habiskan lama juga masa di sini, solat zuhur pun di kilang ini=). Setiap seorang bawa balik berbeg-beg kristal. sampaikan ustaz yang menjadi musyrif pun tak kalah dengan kami. Banyak jugak yang diangkutnya. hehe. Kristal oh kristal...Dalam perjalanan pulang, kami melalui satu pasar, sempat juga menyinggah untuk membeli anggur bulat atau di kenali sbg banati. harganya cuma 3 genih setengah sekilo. Murah juga. Gerai2 bersebelahan ni menjual dengan harga lain2. Persaingan yg sihat saya kira. Saya pun jadi hairan. Tapi kak Dayah yang membawa kami sempat menawar harga dan alhamdulillah, dapat murah. Tapi saya lupa harganya…

Sampai ke lorong masuk rumah Perlis. kami jalan di depan, hampir pula masuk lorong salah. Tertipu dengan musyrif. Malam itu kami bersolat Maghrib dan Isya’ di surau rumah Perlis. Kebetulan juga ada majlis bacaan Yasin dan tazkirah pendek malam ni. Kami teruskan dengan sesi ta’aruf yang mmg mesra dan memesrakan. Rasa macam dah lama kenal walau baru bersua. Sesi ta’aruf yang best, walaupun selalunya saya tak suka sesi ni. Dapat kenal Kak Pah, Mak Teh, Kak Dayah, Kak Nadia, Kak Yana, Kak Bibah, Kak Matun, hakimah, Kak Syam, kak Asma’ dan Kak Rad. Kenangan hari pertama, yang indahnya bukan pada kilauan Kristal, tapi pada satu perkenalan dengan saudara seIslam, serumpun Melayu. Rasanya manis pada satu ukhwah yang usianya baru sehari. Ya Allah, kekalkanlah persaudaraan dan kasih kami selama hayat kami di atas jalan Mu, ameen.

+ masa ni musim panas di mesir, panas tu panas juga tapi panas Malaysia lagi dahsyat pula rasanya. Bahang maksiat mungkin ?
+ matawang kat sini guna egyptian pound atau disebut “genih“. Berhati-hati sikit kalo nak membeli, karang tertukar 50 sen dan 50 pound. Betul ni tau!
+ hari ni dapat kenal air tamar hind a.k.a asam jawa. Warnanya mmg umphh ! Belum rasa lagi masa ni, nantikan entri seterusnya...
+sebenarnya, pandangan2 hari pertama sgt penting utk muhasabah diri sepanjang pengembaraan ni krn kita melihat dan memerhati dari kaca mata berbeza berbanding hari-hari seterusnya. Bagaimana mungkin saya definisikan perasaan saya pada hari pertama ya?- mungkin saya yang terlalu mentah untuk membaca rona-rona kehidupan insan.
-Kerana pemandangan yang saya nampak pada hari pertama adalah kemiskinan dan mungkin juga satu bandar yang kucar-kacir...saya salahkan Hosni Mubarak dlm hal ini.
Sedangkan di sebaliknya, ada satu mutiara tersembunyi, yang cuma perlukan sedikit masa lagi untuk saya temui...(tapi saya tetap salahkan Hosni Mubarak!)



No comments: